12 June 2008

jadual harian itqan...

'mama'..'baba'...'nak air' itulah perkataan yang itqan selalu sebut...'dido,,dido' itulah dia ajak mama tidurkan dia, perkataan tido x boleh sebut dgn betul lg,,,'cici' chicken lah, mama ajar chicken, dia sebut 'cici'... 'ball,,ball,ball...' ini yang paling itqan suka sangat sebab dia suka sangat kat bola2 kecil, dan satu lagi baba yang suka layan dia main ball,, sampai apa benda yang bentuk bulat, semuanya dia buat jadi ball, di baling2 nya sampai puas...contohnya kalau mama bagi dia apple suruh makan, then gigit sikit terus lantum jadi ball..kalau mama masak kat dapur, jumpa bawang, habislah jadi ball semua bawang2 mama kat dapur...

time mengaji,mengajilah dia dengan mama, walaupun mama tak faham ahruf apa yang dia ikut tu,,,solat pulak,,cepat2 dia ambilkan sejadah,,nanti orang solat,dia main..then, time mama baca doa barulah dia mai balik nak baca doa sekalai n time bagus dia salaam...

sebelum tidur, mama ajarkan itqan baca buku dulu,,,habis semua dah baca dari kulit ke kulit, mama berenti dia sambung pulak,,habis je,,nanti terpelantinglah buku tu kat mama,,time dia rajin simpan, simpanlah,tapi time tak nak dibalingnya kat bawah atau disoroknya di bawah bantal...

kes gosok gigi,,mama selalu nak kena tengok2kan dia,kalu tak dimakannya ubat gigi strawberry tu,,alakullihalnya nasib baik dia suka nak gosok gigi...

stakat ini dulu citer petang yang entah apa apa,,coretan di waktu mengenang arus kehidupan...

suatu ibadah yang tak perlu dicari..

sebenarnya, menjaga anak-anak, melayan karenah nangis, bising, dan segala macam karenah kanak kanak kecil yang belum lagi boleh mengerti akan hidup ini, di mana buruk dan baiknya, jika di ikhlaskan niat kerana menjaganya demi menerima anamah dari tuhan,, akan dikira suatu ibadat,,,kesabaran dalam melayan dan mendidik anak sebenarnya mesti ditanam di dalam diri dan disebatikan dalam hidup setiap ibu bapa yang ingin melihat anaknya membesar mengikut landasan iman dan ajaran Islam..

didikan bermula dari diri ibu bapa sendiri, ibu bapa yang patut melatih diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak untuk mengikut jejak baik yang kita tanamkan...jikalau dia yang rosak, ibu bapalah yang akan dipersoalkan,,,

ibu bapa memainkan peranan penting di dalam kehidupan anak-anak kerana ibu bapa lah tempat dia menagih kasih sayang dan pada masa yang sama memerlukan tarbiyyah yang betul daripada orang yang betul2 menyayanginya,,

di dalam situasi ini, kesabaran amat diperlukan oleh kedua ibu bapa dalam menguruskan masa di mana harus dibahagikan masa untuk anak-anak, untuk diri sendiri, dan orang sekeliling...

jikalau pengurusan masa tidak berjaya dibahagikan dengan betul, keserabutan dan kesibukan urusan rumah tangga serta kerja akan mengganggu kehidupan kekeluargaan yang sihat dan cemerlang...

kesefahaman perlu dititik beratkan kerana ke manakah arah tuju dan masa depan anak-anak perlu di usahakan bersama,

anak-anak merupakan suatu kurniaan dari tuhan, kerana itu ibu bapa perlu menjadikannya suatu ibadah demi menjaga amanah tuhan...

''di mana ada kesabaran, disitu akan ada suatu kejayaan...''

at this moment...a memory to be remembered

walaupun itqan selalu dengan aktiviti2 nya yang mungkin membuat mama dan baba disinggahi perasaan marah,, tetapi wajahnya yang sentiasa ceria membuat kami bersyukur,,
sukanya itqan main kat padang mainan tapi itulah sekali sekala saja dapat bawa walaupun padang dekat,,penatlah mama nak bawa selalu,,nanti mama submit dissertation,insa allah boleh lah layan itqan selalu..
sempat jugak bergambar kat alexandra park ni,,suka betullah tengok itqan keliling padang luas,,balik rumah letihlah dia..
walupun dissertation bukanlah dijenguk selalu, tetapi itulah, selagi x siap, selagi itulah kekal di dalam otak fikiran,,kerja lain pun kurang menjadi,,hehe tapi shoknya tak sabar nak submit dissertation, tawakkal lah,,,
apapun, bersyukur kerana ku diizinkan oleh tuhan untuk berada di pengajian tahap ini walaupun, masa dan keadaan yg tak mengizinkan ku untuk lebih focus kpd pelajaran 100%,,alakullihal,alhamdulillah,syukur lillah...
yahooo...selamat tinggal MA ku..