Flowers

ringkas..

24 October 2010

penting ialah:

- diskaun adalah diharamkan dalam isu rebate bayaran awal,,apabila ia menjadi syarat di dalam perjanjian di awal akad. ini kerana ia akan jatuh ke dalam gharar dalam harga dan perkara ini haram.

- tetapi, jika diskaun ini bukan di awal akad, ianya dibenarkan tapi ada dua syarat iaitu rebate datang dari pihak penjual dan bukan mulzim

kedua, customer x boleh menuntut kerana terpulang pada hak penjual nak bagi atau tidak.

hmm>? pening,,kenapa penasihat syariah malaysia masukkan klausa rebate ni di awal akad yang menjadikan penjual mulzim untuk tunaikan janjinya memberi rebate>.?aduih,,pastu,,kiraan dari awal lak tuh menjadi syarat..abih tuh,kes mulzim bagi bank ni duduk dlm perbncagan apae lak,,nih pening nih..

Read more...

nota

kenapa dalam kontrak perbankan di Malaysia meletakkan perjanjian rebate di awal akad sedangkan ...

harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :-

· Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.

· Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan.

Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :-

الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق

Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1]

Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :-

ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ

Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis.

Para ulama silam dan kontemporari yang mengharuskan praktis ibra' atau rebate telah meletakkan syarat bahawa klausa ini tidak boleh dimasukkan di dalam kontrak Murabahah , namun demikian majlis-majlis Penasihat Syariah di Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia telah membuat resolusi yang lebih ringan apabila mengharuskan kluasa rebate di masukkan di dalam kontrak dengan syarat cara kiraan dijelaskan. Kesannya, pihak bank akan terikat untuk memberikan rebate kepada pelanggannya apabila pembayaran awal dilakukan


disunting dari zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/810-bank-islam--boleh-bagi-diskaun-atau-tidak-.html

aduh,,peningnya,,how can i understand this..?

Read more...

di manakah harus di mulakan

27 July 2010


pening mencari ilmu sudah pun menjengah lagi, walaupun borang masih belum diisi, tapi sememangnya dah menjadi tanggungjawab untuk menjenguk semula bahan-bahan setahun lepas, semestinya setiap helaian mesti dibaca,,hmm..hari ini baru je jenguk2 contoh-contoh proposal..tiba masanya nak buat pembetulan untuk proposal sendiri sebagaimana yang dicadangkn dr. harapnya usaha yang dibuat ada buahnya. Inshaallah...

kenapa..?kerana nasib tidak diketahui lagi...hmm,diterima ke tidaknya masuk ke universiti..huhu..kalaulah isu 'ketidaklakuan' itu mengintai2 lagi...apalah nasib sekeping kertas itu..
...
malam..yang mesti ku berjaga untuk mencari isi2 tersirat dan tersurat di dalam khazanah-khazanah ilmu,,,

hanya itu ruang dan luang yang ada..alhamdulillah..tuhan masih mengurniakan lagi fungsi mata ini dengan sebaiknya,,

Read more...

senarai pasti di wp

18 July 2010

senarai pasti di wilayah persekutuan

http://pastiwp.wordpress.com/senarai-pasti-wp/

Read more...

tempat suci,,semestinya diimpi..

30 June 2010


rindunya pada tempat ini....

adakah masih ada bagiku peluang,...ruang,..dan 'wang'...untuk ke sana..?

rindunya kepada makkatul mukarramah dan madinatul munawwarah...

Read more...

adakah kesempurnaan yang kita cari atau keredhaan tuhan yang kita harapkan..?

apakah matlamat sebenar kita bekerja atau belajar..? adakah kerana ingin mengejar kesempurnaan hidup di dunia ini...? adakah hanya kerana ingin di pandang,, dimuliakan orang , dihormati orang ,,atau sekadar tidak dihina di mata orang..?cubalah merenung jauh dimanakah arah tujuan kita yang sebenarnya...

atau mungkin kerana ingin mencari keredhaan tuhan,,jika itulah kemahuan kita, kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada,,bersyukur dengan apa yang diberikan..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh untuk menikmati suatu kemewahan,,jika kita dikurniakan kemewahan,,buatlah apa yang sepatutnya untuk menunjukkan syukur kepada tuhan,,tetapi jika kita bukanlah kalangan orang yang senang,,berpadalah dengan apa yang dikurniakan,,bukan berlumba-lumba untuk kemewahan dan kesempurnaan...

kerana kesempurnaan itu bukanlah erti kepada hidup ini, yang penting kita mendapat keredhaan dan keberkatan tuhan. keberkatan di dalam pekerjaan atau pun pembelajaran. apakah erti kesempurnaan itu jika diberikan kepada kita...ia hanyalah suatu pinjaman semata2 , kita bukanlah memiikinya secara mutlak, kita juga tidak berkuasa menjaganya,,kerana tuhan sahajalah yang berkuasa ke atasnya, jika Dia ingin mengambilnya kembali dari kita,,,,hanya dengan sekelip mata sahaja,,tiada erti usaha kita yang bertahun2 berpenat lelah ke arah kesempurnaan itu...betul ke?... jika kesempurnaan hidup yang kita harapkan di sini kita akan binasa,, binasa dengan diri sendiri,,,binasa dengan kemewahan dunia yang mengaburi mata kita, yang berada di sekeliling kita....

Jika kita berjaya dengan cemerlang, kemudian berjaya mendapat pekerjaan, berjaya memiliki sebuah rumah untuk didiami atau membeli sebuah kereta untuk kegunaan keluarga..adakah kerana semua itu hidup kita..? berlumba-lumba ke arah kemewahan? kesempurnaan hidup?...?

Betul.., bahawa kita mesti berusaha untuk terus maju ke hadapan,,dari kurang pandai kepada cemerlang,,dari miskin kepada kaya,,bukan hanya duduk pada satu tapak yang sama..tapi jangan jadikan kesempurnaan dan kemewahan dunia itu satu-satunya matlamat hidup kita...tanpa mengira hubungan hidup kita dengan tuhan pencipta, ruang masa mana kita luangkan untuknya,,adakah 'Islam' berada dekat dengan kita dan sejati dalam diri dan hidup kita..?adakah cukup sekadar solat lima waktu yang kita laksanakan...?banyak mana kah ibadat yang telah kita lakukan, berat manakh bekal yang telah kita sediakan,,untuk perjalanan di masa hadapan..? itu lah sebenarnya matlamat utama kita dihidupkan...

astaghfirullah al-azim.., bayak manakah syukur yang telah kita panjatkan dengan apa yang telah Dia berikan, banyak mana zikir kita kepada tuhan ,,sehari harian,, sepanjang pekerjaan kita atau pembelajaran...?janganlah alpa dan lupa kepadanya...

berapa kalikah kita dapat 'khatam'kan quran dalam setahun..? jika sekali setahun alhamulillah,,jika tidak pernah walaupun sekali 'khatam' alquran dalam setahun..astaghfirullah al-azim,,yaAllah..di manakah kita..? di manakh pergi masa2 kita...? jika kita dapat luangkan hanya 5 minit setiap kali lepas sembahyang,, baca alquran hanya sebanyak 2 muka surat sahaja,,banyak mana kita dapat 'khatam' alquran dalam masa setahun...? setiap 2bulan kita boleh 'khatam' alquran bermakna kita boleh 'khatam' alquran 6 kali setahun..alquran itulah 'bicara' tuhan dengan kita..

tentukanlah matlamat kita,,,,dan berusahalah ke arahnya...








Read more...

she is smiling now,crawling everywhere she likes..

17 June 2010


wearing 'tokma's hijab..hu3

i am here, playing with 'abg itqan'...

i am a little princess 'maisarah' always being a friend to a little soldier 'abg itqan'

ohh...

taman tasik titiwangsa... :)

Read more...

anugerah dan amanah, syukur pada ilahi..

i am happy..very2 hepi.. she can smile now, i wish she can smile always...beside me as her beloved mum, her dad, and her brother..

she can sleep well...

i was very grateful to hold her, bring her to home..

had to fast for 4 days...only God knew how she feel at that time...

at first, i can't see her in this condition, but i was try to accept it although it was so hard, but then i used to take care of her in this condition, wiped her body,,, changed her nappy,,,everyday in 24 days...

thank you Allah..

Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP