Flowers

copy dari lembaga zakat selangor

19 December 2010

Oleh: www.hamizul.com

Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.

Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.

Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.

Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.

Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.

Read more...

kementerian pembangunan lelaki

29 November 2010

hari ni dapat bace perbincangan di zaharuddin.net pasal keperluan kepada kementerian pembangunan lelaki..

selanjutnya di artikel:

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/974-cerai-berleluasa-lelaki-lemah-tenaga-apa-.html#comments

Read more...

Allahuakbar..

26 November 2010

kekadang ku merasa dunia ini cukup gelap..ada nokhtah yang menghalang..ke manakah harus ku tuju,,di manakah harus kumulakan suatu kemajuan..masih di awangan di sisi seribusatu perancangan...Allahuakbar..

teramat susah untuk merealisasikan..apakah di sana ada jalan..kupercaya ada jalan di sana,,tapi teramat susah untuk kumulakan..apakah di sana ada dorongan,,?suatu semangat yang kuperlukan...ya Allah,,terlupakah aku bahawa dunia ini hanya hamparan,,suatu pinjaman yang menjadi bekalan di akhirat..?mampukah kuhalangi seribusatu ujian yang memerlukan kesabaran yang berpanjangan...ya Allah,,kurniakan ku pertolongan dan jalan itu..yang amat ku harapkan...Allahuakbar..


Read more...

kecemerlangan itu bukan di atas sekeping kertas

25 November 2010

'masuk macam keldai tapi keluar macam kuda' itulah istilah Dato' Dr.fadzilah kamsah dalam persoalan kejayaan dan kecemerlangan. betul kata-kata beliau,, kalau kita masuk universitit, semua pelajar adalah pada kedudukan yang sama rata, tiada yang lebih baik dari sesiapa , kerana semua perlu belajar dari awal,,dari segala macam perkara yang belum diketahui..

sesiapa yang berjaya mencari ilmu tersebut dengan pandai, maka dia akan menguasai ilmu tersebut dan berjaya menggunakannya apabila keluar dari universiti..

tapi apa yang saya lihat, ramai pelajar-pelajar apabila sudah memasuki universiti,, bagaikan terbuka pintu kemerdekaan bagi mereka,,kerana menganggap bahawa di situlah tempat keseronokan, tempat mencari suatu yang luar biasa,,sauatu kebebasan,,kebebasan berkawan dan sebagainya..banyak kalangan mereka yang menghabiskan masa dengan perkara lain tanpa menghiraukan kepentingan ilmu yang patut diterokai,,ramai yang leka dan lalai,,sehingga menyebabkan mereka gagal..gagal dalam akademik dan gagal dalam pembentukan shakhsiah yang cemerlang..

sebenarnya universiti itulah gedung ilmu,,yang sarat dengan pelbagai pengetahuan dan khazanah yang ditinggalkan oleh tokoh-tokoh ilmuan..

masih banyak lagi khazanah yang belum diketahui,,masih banyak lagi teori yang belum kita pelajari,,
pencarian itu ada di tangan kita,,hanya usaha yang perlu dilakukan,,bukan menunggu untuk diberikan..

cari lah kecemerlangan,,kecemerlangan yang membawa kepada kecemerlangan di dalam setiap ceruk kehidupan..

kecemerlangan bukan dilihat pada apa yang tertulis, tetapi kecemerlangan dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan..

jika kita seorang pelajar,,jadilah pelajar yang cemerlang.
jika kita seorang ibu, jadilah seorang ibu yang cemerlang.
jika kita seorang bapa, jadilah seorang bapa yang cemerlang.
jika kita seorang cikgu,jadilahh cikgu yang cemerlang.
jika kita seorang doktor, jadilah doktor yang cemerlang.
jika kita seorang kontraktor, jadilah kontraktor yang cemerlang.
jika kita seorang nenek atau datuk jadilah nenek atau datuk yang cemerlang.
jika kita seorang isteri dan suri rumah jadilah seorang isteri dan suri rumah yang cemerlang.
jika kita seorang suami jadilah seorang suami yang cemerlang.
jika kita seorang anak jadilah anak yang cemerlang.

kecemerlangan itu milik kita jika kita dapat usahakan.

Read more...

copied article: AYAM TESCO TAK HALAL! SHUBHAH!

Sumber: Bernama

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

“Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam,” katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

COPY DARI syafrizal.net

Read more...

lakaran doa kepada tuhan demi anak-anak kesayangan

21 November 2010

Read more...

ibu bapa menderhakai anak

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.



ibu bapa ramai 'derhaka' kepada anak-anak mereka khususnya pada zaman sekarang kerana mereka gagal mendidik anak-anak mereka untuk beriman dengan sepenuhnya, apa yang diberikan adalah hiburan,,kemewahan,,keseronokan tanpa menilai perkara halal dan haram..anak-anak sebenarnya banyak menjiwai apa yang diberikan oleh ibu bapa mereka. pendidikan agama yang sepatutnya menjadi kepentingan hanyalah dilihat sebelah mata dan kolot,,amalan keagamaan yang menjadi pendinding iman dilihat tidak penting lagi. apa yang dilihat penting hanyalah kekayaan dan keduniaan,,kehidupan yang membanggakan.



'kederhakaan' ibu bapa terhadap anak-anak inilah sebenarnya telah mewujudkan anak-anak yang menderhakai mereka.


Na'uzubillah.



Read more...

persoalan nusuz- copied from ustaznaimblogspot

hari tu ada tengok perbincangan di rancangan tv pasal nusuz yang mana ramai orang salah tanggapan bahawa nusyuz hanya isteri tetapi tidak,,so,,copy note ini adalah suatu yang berguna untuk dikongsi..

Tanda-tanda Suami dan Isteri yang Nusyuz (Derhaka)

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.

Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.

Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.

Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.

Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.


Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.

Enggan tinggal serumah dengan suami.

Keluar rumah tanpa keizinan suami.

Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.

Menjauhkan diri daripada suami.

Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.

Tidak memelihara kehormatan.

Tidak menjaga amanah suami.

Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.

Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.

Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.

Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.

Tidak memberikan nafkah kepada anak.

Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.

Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.

Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.

Tidak memelihara kehormatan isteri.

Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.

Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.

Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.

Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.

Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.

Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.

Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.

Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.

Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP