ketekunan dan keyakinan..
04 November 2006
sahabat-sahabat, rakan taulan sekalian.
Di dalam kehidupan kita seharian, kita mestilah mempunyai keyakinan kepada diri kita sendiri, impian yang ingin dicapai mestilah dilihat sebagai suatu matlamat dan tujuan yang mesti diperolehi dengan usaha dan kesungguhan yang mendalam walaupun dihujani dengan pelbagai ujian, rintangan, dan dugaan. Kadang-kadang, permasaalahan yang kita hadapi sering menjadi penghalang semangat dan ketekunan kita dalam mengejar cita-cita yang dibina. Tetapi, ingatlah sesungguhnya perkara itu sebenarnya mengajar kita supaya menjadi manusia yang lebih matang dan pandai untuk mengenali erti sebenar kehidupan...
Amatlah bertuah jika kita dapat mengimbas kembali bagaimanakah tuhan telah mengajar kita bagaimana menempuh usia-usia yang berbeza bermula ketika kita di usia seorang bayi sehinggalah kita di usia ini. Alhamdulillah, kita sebenarnya telah sampai ke tahap ini,,samada sebagai seorang pelajar, seorang suami atau isteri, seorang anggota masyarakat dan sebagainya. Ini bermakna bahawa kita telah berjaya menempuh cabaran yang datang dengan adanya kekuatan dalaman yang ada di dalam diri kita sendiri.
Sebenarnya, yang menjadi permasaalahan cumanya adalah keraguan tentang keyakinan kita sendiri dalam menghadapi perkara tersebut. Oleh itu, keyakinan pada diri sendiri merupakan tiang utama dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian ini. Ingatlah bahawa ujian itu adalah tanda kasih dari tuhan kepada hamba-hambanya yang beriman. Insya Allah, kita tergolong kalangan orang-orang yang berjaya.
0 comments:
Post a Comment