Flowers

buat panduan...

17 April 2007

Nasihat bagi mereka yang mengeluarkan wang dari bank

Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang tunai pada jumlah yang besar dari institusi kewangan supaya lebih berahsia dan ditemani bagi mengelak daripada menjadi managsa rompakan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan mengingatkan sedemikian, sambil menyatakan perompak berpengalaman mampu menghidu mangsa dengan hanya melihat gerak-geri mangsa. Beliau menambah, kebanyakan rompakan di luar bank berlaku akibat sikap tidak peduli dan tidak peka dengan keadaan sekeliling sehingga 'membiarkan' diri mereka diperhati oleh perompak atau pemerhati (penyubahat) bagi perompak. Terdapat juga kes di mana wang sebanyak RM40,000 hanya disimpan di dalam sampul surat dan diletak di atas atau di bawah kerusi hadapan kereta. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa kanak-kanak semasa pergi ke bank kerana perompak boleh mengambil kesempatan. Tips

Jangan tergopoh-gapah pergi ke mesin ATM di lokasi yang anda tidak biasa. Tinjau persekitaran dan pastikan anda berada di kawasan yang selamat

Sebaik-baiknya, gunakan ATM yang terletak di kawasan yang diterangi cahaya dan berada di kawasan yang sibuk, seperti berhampiran jalan utama di mana terdapat ramai pejalan kaki dan kenderaan adalah banyak

Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terus menggunakan mesin ATM tersebut

Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN dengan badan. Perompak mungkin boleh membaca pergerakan tangan atau jari anda.

Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang, cuba camkan orang atau kenderaan tersebut dan teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang atau dikunjungi orang ramai, atau pergilah ke balai polis berhampiran.
Polis Diraja Malaysia
Rancang Perjalanan Jauh


Setiap tahun beribu-ribu pengguna jalan raya di Malaysia terbunuh atau cedera parah akibat memandu dalam keadaan mengantuk atau tertidur ketika memandu. Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip sahaja mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan daripada keletihan atau mengantuk selain daripada berhenti rehat dan tidur untuk seketika.Bagaimana hendak mengelakkan mengantuk sebelum perjalanan anda?

Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga

Mulakan perjalanan jauh pada waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.

Pastikan anda berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.

Tidur awal sekiranya anda akan memulakan perjalanan pada awal paginya.

Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.

Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.

Keadaaan di dalam kenderaan biarlah tidak terlalu sejuk dengan penghawa dingin.

Bacalah doa yang anda tahu sebelum memulakan perjalanan.Ketika dalam perjalanan
Tenangkan fikiran anda ketika memandu.

Tutup penghawa dingin dan turunkan cermin untuk mendapatkan udara segar.

Bercakap-cakap dengan penumpang sambil membetulkan kedudukan badan.

Kunyah gula-gula atau makanan ringan yang tidak melibatkan penggunaan tangan yang banyak.

Amalkan memandu secara bergilir-gilir sekiranya anda mempunyai kawan yang mempunyai lesen memandu dan boleh dipercayai.

Elakkan memandu ketika anda terlalu kenyang atau lapar.

Amalkan berhenti rehat di kawasan rehat yang disediakan setiap dua jam perjalanan bagi membolehkan anda merehatkan badan dan membuat senaman ringan.Jangan paksa diri anda untuk meneruskan perjalanan jika masih terdapat tanda-tanda mengantuk. Jika anda telah mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan itu dan anda masih gagal menghilangkan rasa mengantuk, hanya satu sahaja pilihan yang yang anda ada iaitu anda mesti mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berehat dan tidur seketika serta pastikan anda tidur secepat mungkin.

0 comments:

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP