keluarga sakinah,penuh cinta dan kasih sayang
08 October 2008
share copy dari tazkirah umum :)
wanita bergelar seorang isteri
bertemukah kita dengan ramadhan di tahun depan...?
28 September 2008
hisablah diri,,,hitunglah amal..kerana tuhan menyukai hamba2nya yang banyak beramal ibadah..dan menjauhi dosa2...
tika ajal menjemput kita...mampukah kita untuk meminta extension...?tidak sekali-kali...azab kubur akan menunggu bagi sesiapa yang berbuat dosa...
Read more...salam aidilfitri
selamat hari raya buat semua..terutamanya keluarga tercinta di tanah air...walaupun hari raya disambut dengan bjauhan dengan suasana yang berbeza...tapi kita sama2 akan menyambutnya dengan meriah dan gembira...
baba dan mama..di malaysia
a.mie,k.tie & mujahid,muaz...di perth, australia
asmaa,ishak &aqilah di malaysia
adik..di malaysia
hamdi..di wigan..united kingdom
juga..x lupa..
mak di pandan jaya..
ayah dan ummi..
k.na, a.long & hannah, luqman..
k.intan..
k.miya,a.chik & humayra..
aini...
selamat menyambut aidilfitri dari kami
maaf zahir batin :)
:iklas dari
mohamad fitri
'atikah
ahmad itqan
Read more...ramdhan yg akan berakhir meninggalkan kita..hamba yg lemah dgn sgalanya...
kian sedar...bahawa kini ku sedang menjalani suatu kehidupan di alam 'keibubapaan',..?kerana kerja2 suri rumah ni menyebabkan kelekaan dengan masa yg panjang...aduh..letihnya..tapi, bulan ramadhan ni mengajar ku hidup dengan lebih teratur,, sebab kena tidur awal, bangun sediakan makanan sahur, kalau x tdo awal,,semua x bangun sahur lah...alhamdulillah kerana itqan banyak menolong sebab dia dapt tidur awal...lepas je berbuka puasa..mesti dia akan terus tidur..dan bolehlah ku berehat dengan lebih awal juga kerana nak bangun solat insyak& tarawih..time berpuasa ni memang rasa letih sangat nak terus solat insyak dan tarawih waktu kul 9/10..
teringat kat mama waktu dulu2...kesian mama dahlah dpat tdo lewat2 mlm,pastu nak kena bangun sediakan sahur awal2 pagi,,memanglah ngantuk gila...sampai ter'sengguk2' mama,,,kekadang gulai hangus kat dapur sebab dia terlena sekejap.. :(..satu hari tu..entahlah mama nak goreng apa kat dalam kuali...asap satu dapur dibuatnya kerana terlena...nasib baiklah baba tersedar..habis dikejutnya anak2 suruh keluar...sebab dia nak padamkan api yg telah membakar kuali dan isinya tu...kesian betul lah kalu ingatkan mama dulu2...skrg macam mana ya mama agaknya...? :) :)
terima kasih kat mama kerana kirimkan baju raya untuk kami,,dan ikan bilis, x blh nak lupa kat ikan bilis ni, itulah mintak mama poskan walupun sikit, sebab x blh nak buat 'nasi lemak' tanpa ikan bilis... :) rasa macm x sempurna je nasi lemak klu x de sambal ikan bilis walaupun ada sambal udang @ sotong...habis baju raya bau ikan bilis... :)
kali ni banyak pulak baju raya yg itqan dapat...sampai 3 lai utk dia sorang...? cucu ki ba ngn tok ma ni mmg btuah betul...itu pun tokma kata ada lagi 2 pasang, tapi x poskan..time balik mesia nanti baru dapat.. :) kesian kat tok ma jahitkan baju2 itqan, cucu tok ma ni pulak kirimkan satu kain 'sepasang' je hadiah utk tok ma..tok ma jahit bajuu apa agaknya...? jubahla kot...mana ada tok ma pakai baju kurung... :) utk ki ba...? x bagi apa2..sebab ki ba ni mmg x sukakn sgt dgn hadiah2 ni..klu bagi pun,,dia x pakai jugak..x guna jugak..jadi khazanah dlm almari/laci ada lah... :( ...tapi, haa.. apa yg dia nak...itu boleh dibuat hadiah...dan oleh kerana ki ba nak 'kasut' kuda leather dan pelana kuda,,so baru ni dapat belikan pelana..tapi kasutnya..hmm..x da yg sesuai dpat jumpa lgi..teringatkan ki ba ni...dia mmg 'garang'...tapi, 'hati'nya lembut...seorang ayah yg sangat 'caring' dan penyayang...
buat keluarga...
11 August 2008





tak lupa buat a.mie n k.tie yang berada di perth,, semoga ramadhan akan disambut dengan kemanisan beribadah,,,mujahid dan muaz mesti dah pandai berpuasa skrg...juga buat k.aqilah,ibu aqilah dan abah aqilah yang dh pun brada di tanah air..sorang lg,,ammu yg ada di sini...
RAMADHAN AKAN MENJELANG TIBA..RAMADHAN ALMUBARAK!!!
from;
mohamad fitri&atikah+ahmad itqan
alang2 nak dekat graduation day..
Ramadhan yang bakal menjelang..
10 August 2008
he is my heart..
28 July 2008
penghargaan especially to baba n mama...
30 June 2008
In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Always thankful to Allah almighty for giving me this opportunity, my deepest appreciation and gratitude goes to my beloved father and mother, Mr. Harun Taib and Mrs. Fatimah Ibrahim, for the financial support, motivation, and caring. If it is not for their financial support, I would have been unable to study at this higher stage.
And to my husband, Mr. Mohamad Fitri Mokhtar, being as my partner, thank you for always encouraging me to do the best that I can, your support and help is very much appreciated. Also to my dear son, Master Ahmad Itqan, always being my pride and joy during this tough time of study.
To all my lecturers, especially my supervisor Dr. Seif Ibrahim Tag El Din, Prof. Toseef Azid, Dr. Mehmet Asutey, Dr. Sedon and Dr. Osama Abdel Wahab, I am very glad for being their student. I really enjoy the knowledge given and I find the knowledge really useful. Always to dream that one day I can be a lecturer giving all the knowledge I have gained from this course. I also extend my thanks to Mr. Raja Idris Raja Kamarudin, for his guidance and support.
Also to my sisters, Mrs. Asmaa Harun, Miss Hamidah Harun and my brother Mr. Mohamad Hamdi Harun, thanks for all the help and information sharing. To my eldest brother, Mr. Hilmi Harun and sister in law, Mrs. Rohayati Nordin, their precious advice, support and encouragement is very much appreciated.
Finally, I sincerely thank all the MIHE staffs, lecturers, librarian especially Mr. Desmond McMichael, Sister Sarvat Sujra for their priceless help and assurance.
itqan bermain di JJB sport centre,,
13 June 2008




my work will finish but when it will be?..
jadual harian itqan...
12 June 2008
time mengaji,mengajilah dia dengan mama, walaupun mama tak faham ahruf apa yang dia ikut tu,,,solat pulak,,cepat2 dia ambilkan sejadah,,nanti orang solat,dia main..then, time mama baca doa barulah dia mai balik nak baca doa sekalai n time bagus dia salaam...
sebelum tidur, mama ajarkan itqan baca buku dulu,,,habis semua dah baca dari kulit ke kulit, mama berenti dia sambung pulak,,habis je,,nanti terpelantinglah buku tu kat mama,,time dia rajin simpan, simpanlah,tapi time tak nak dibalingnya kat bawah atau disoroknya di bawah bantal...
kes gosok gigi,,mama selalu nak kena tengok2kan dia,kalu tak dimakannya ubat gigi strawberry tu,,alakullihalnya nasib baik dia suka nak gosok gigi...
stakat ini dulu citer petang yang entah apa apa,,coretan di waktu mengenang arus kehidupan...
suatu ibadah yang tak perlu dicari..
didikan bermula dari diri ibu bapa sendiri, ibu bapa yang patut melatih diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak untuk mengikut jejak baik yang kita tanamkan...jikalau dia yang rosak, ibu bapalah yang akan dipersoalkan,,,
ibu bapa memainkan peranan penting di dalam kehidupan anak-anak kerana ibu bapa lah tempat dia menagih kasih sayang dan pada masa yang sama memerlukan tarbiyyah yang betul daripada orang yang betul2 menyayanginya,,
di dalam situasi ini, kesabaran amat diperlukan oleh kedua ibu bapa dalam menguruskan masa di mana harus dibahagikan masa untuk anak-anak, untuk diri sendiri, dan orang sekeliling...
jikalau pengurusan masa tidak berjaya dibahagikan dengan betul, keserabutan dan kesibukan urusan rumah tangga serta kerja akan mengganggu kehidupan kekeluargaan yang sihat dan cemerlang...
kesefahaman perlu dititik beratkan kerana ke manakah arah tuju dan masa depan anak-anak perlu di usahakan bersama,
anak-anak merupakan suatu kurniaan dari tuhan, kerana itu ibu bapa perlu menjadikannya suatu ibadah demi menjaga amanah tuhan...
''di mana ada kesabaran, disitu akan ada suatu kejayaan...''
at this moment...a memory to be remembered



itqan with his book n makan turkey...
16 January 2008
ni itqan dengan buku kegemarannya...kalau sebut two hippos,,tahulah dia pegi ambik buku tu...
dapat jugak merasa ayam turkey, bukan main lama tunggu masak, boleh tahan 2/3 jam jugak..hehe..10 pound sekor ,,,puah hati makanngg...
kelmarin yang perlu ditinggal..
impian, walaupun direka sendiri, memerlukan semangat, ketekunan dan keyakinan dari diri sendiri untuk merealisasikannya...usah dihitung kelemahan diri kerana ia akan menjadi beban yang menghalang jalan impian yang dituju...
usah bergantung dengan persekitaran yang menghalang...kerana mungkin ia akan mengundang malang yang tak diingini diri...kerana persekitaran memberi tekanan yang tinggi kepada personaliti seseorang...oleh itu, kawallah persekitaran dengan adanya sikap posifit ke arah kebaikan kerana ia akan membantu kita ke arah kecemerlangan hidup yang diinginkan...
kelmarin yang perlu ditinggal untuk menuju hari esok yang lebih cemerlang...
exam menjengah lagi
betul,,,sesuatu perkara, jika di pandang susah, ia akan menjadi susah, jika dipandang mudah, ia akan menjadi mudah,,,tapi jangan tersilap faham....jangan buat2 memudahkan sesuatu perkara kerana ada perkara yang perlukan perhatian yang mungkin membuatkan kita susah...tapi penting jugak,,kita perlukan 'keredaan hati'...dalam melakukan sesuatu perkara samada senang atau susah...
nasib baik exam ekonomi di postpond ke 29 nt, alhamdulillah,,,syukur yg memanjang..bukan main susah module question...lembik kepala memikirkannya...hehe...nasib baik jugak ada geng untuk kukongsi soalan susah itu...tapi entah berjaya ke tidak untuk kudapatkan kesemua jawapan itu dlm masa 13hari lagi ini...menghitung hari lah jawapnya...
kebahagiaan tidak serupa kerana insan itu tidak sama
01 January 2008

adakah kerana harta, semua manusia akan merasa bahagia?, tidak! tentu sekali tidak, ramai orang yang miskin merasai kebahagiaan kerana mendapat secukup belaian kasih sayang yang diberikan oleh keluarga,,
'perasaan bahagia' akan datang apabila kita bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita samada ianya sedikit ataupun banyak yang berlebihan...
apabila kita diberi harta yang sedikit, syukur kita adalah dengan tidak merungut dan keluh kesah, sebaliknya redha dengan apa yang dianugerahkan tuhan, gunakanya sebaik2nya dan menghargainya sebagai anugerah dari tuhan..
apabila kita menjadi orang kaya dengan wang yang sangat banyak dan berlebihan, hindarilah sifat kedekut, rendah hati dan menjadi seorang yang pemurah kerana memanjat syukur kepada tuhan..
otherwise, tuhan menyukai orang kaya yang pemuran tetatpi Allah lebih menyukai orang miskin yang pemurah....
waallahua'lam bissawab...
syukur,,syukur,,alhamdulillah....