Flowers

suatu ibadah yang tak perlu dicari..

12 June 2008

sebenarnya, menjaga anak-anak, melayan karenah nangis, bising, dan segala macam karenah kanak kanak kecil yang belum lagi boleh mengerti akan hidup ini, di mana buruk dan baiknya, jika di ikhlaskan niat kerana menjaganya demi menerima anamah dari tuhan,, akan dikira suatu ibadat,,,kesabaran dalam melayan dan mendidik anak sebenarnya mesti ditanam di dalam diri dan disebatikan dalam hidup setiap ibu bapa yang ingin melihat anaknya membesar mengikut landasan iman dan ajaran Islam..

didikan bermula dari diri ibu bapa sendiri, ibu bapa yang patut melatih diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak untuk mengikut jejak baik yang kita tanamkan...jikalau dia yang rosak, ibu bapalah yang akan dipersoalkan,,,

ibu bapa memainkan peranan penting di dalam kehidupan anak-anak kerana ibu bapa lah tempat dia menagih kasih sayang dan pada masa yang sama memerlukan tarbiyyah yang betul daripada orang yang betul2 menyayanginya,,

di dalam situasi ini, kesabaran amat diperlukan oleh kedua ibu bapa dalam menguruskan masa di mana harus dibahagikan masa untuk anak-anak, untuk diri sendiri, dan orang sekeliling...

jikalau pengurusan masa tidak berjaya dibahagikan dengan betul, keserabutan dan kesibukan urusan rumah tangga serta kerja akan mengganggu kehidupan kekeluargaan yang sihat dan cemerlang...

kesefahaman perlu dititik beratkan kerana ke manakah arah tuju dan masa depan anak-anak perlu di usahakan bersama,

anak-anak merupakan suatu kurniaan dari tuhan, kerana itu ibu bapa perlu menjadikannya suatu ibadah demi menjaga amanah tuhan...

''di mana ada kesabaran, disitu akan ada suatu kejayaan...''

0 comments:

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP