di manakah masa yang terluang..?
08 June 2009
ya Allah,,apakah usahaku demi perjuangan ini...sudah termaktub di dalam kitab suciMu, bahawa manusia ini diuji kesabaran dan ketabahan,,ya Allah,,anak2,kesenangan dan keluarga semuanya menjadi ujian,,,mampukah untuk ku naiki tangga perjuangan Islam yang ku agung2kan, mampukah untuk ku membeza segala kekusutan di dalam perjuangan,,,ku mengharap ku diberi peluang untuk memiliki ketabahan dan kesungguhan, ilmu dan pengalaman yang tinggi dan mendalam. segala2nya demi perjuangan,,dan kehidupan. yang bisa memanduku sepanjang perjalanan.
kawan2,,sahabat2,,di manakah kita di dalam matlamat kehidupan?? adakah kita terpesong atau kebuntuan,,tergelincir kerana sesuatu ujian? ayuh! binalah matlamat yang mantap! demi Allah, mengikut jejak Rasulullah, perjuangan Islam mesti didokong tapi dengan adanya ilmu yangmendalam.
ilmu itu bukan hanya pada sekeping kertas yang bernama 'sijil', tetapi ilmu itu di dalam hati,,,
ya Allah, berikanlah peluang untuk ku arif setiap kata di dalam alquran, kerana ia satu2nya rujukan utamaku...berikan ku peluang untuk ku mengerti setiap kalimahnya.
impian pentafsir kalam agung..bilakah langkah diatur..
0 comments:
Post a Comment