24 October 2010

nota

kenapa dalam kontrak perbankan di Malaysia meletakkan perjanjian rebate di awal akad sedangkan ...

harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :-

· Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.

· Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan.

Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :-

الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق

Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1]

Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :-

ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ

Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis.

Para ulama silam dan kontemporari yang mengharuskan praktis ibra' atau rebate telah meletakkan syarat bahawa klausa ini tidak boleh dimasukkan di dalam kontrak Murabahah , namun demikian majlis-majlis Penasihat Syariah di Malaysia khususnya Bank Negara Malaysia telah membuat resolusi yang lebih ringan apabila mengharuskan kluasa rebate di masukkan di dalam kontrak dengan syarat cara kiraan dijelaskan. Kesannya, pihak bank akan terikat untuk memberikan rebate kepada pelanggannya apabila pembayaran awal dilakukan


disunting dari zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/810-bank-islam--boleh-bagi-diskaun-atau-tidak-.html

aduh,,peningnya,,how can i understand this..?

1 comment: