24 October 2010
konsep dha' wa ta'ajjal
MPS
MPS telah bersetuju untuk menerima penggunaan prinsip dha` wa ta'ajjal dalam mempromosi instrument pasaran modal Islam. Dha` wa ta'ajjal ialah tindakan pemiutang menghapus sebahagian daripada hutang apabila penghutang menyelesaikan baki hutangnya lebih awal.
dalil kepada diskaun bayar dan bayar lebih tapi bukan jadi syarat di awal akad
Antara hujjah yang digunakan bagi rebate ini adalah :-
1) Hadis
Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi
فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا
Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai.
Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)
2) Ijtihad Sahabat
Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :-
ويجوز أن يقضي المقترض خيرا مما أخذ أو دونه برضاهما ولو بزيادة أو نقص في القدر أو الصفة من غير شرط ولا مواطأة
Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak. [3]
3. Aqal
Ia adalah tergolong dalam bab melepaskan hak (tanazul) sahaja menurut kaedah ( ضع وتعجل )
Unsur gharar yang ditakuti juga telah terhakis kerana objektif di sebalik pengharaman gharar adalah pergaduhan dan kezaliman, namun dalam hal ini pihak peminjam sudah tentu tidak akan menolak tawaran diskaun, manakala pihak pemberi pinjam pula redha kerana mengalu-alukan hutangkan dibayar dengan kadar segera. Apabila mafsadah di sebalik gharar telah dapat ditangani, justeru hukumnya kembali kepada harus.
disunting dari zaharudin.net
ringkas..
- tetapi, jika diskaun ini bukan di awal akad, ianya dibenarkan tapi ada dua syarat iaitu rebate datang dari pihak penjual dan bukan mulzim
kedua, customer x boleh menuntut kerana terpulang pada hak penjual nak bagi atau tidak.
hmm>? pening,,kenapa penasihat syariah malaysia masukkan klausa rebate ni di awal akad yang menjadikan penjual mulzim untuk tunaikan janjinya memberi rebate>.?aduih,,pastu,,kiraan dari awal lak tuh menjadi syarat..abih tuh,kes mulzim bagi bank ni duduk dlm perbncagan apae lak,,nih pening nih..
nota
harga jualan yang telah sempurna ‘aqadnya ‘concluded', masih boleh dikurangkan dengan syarat :-
· Potongan diskaun atau ‘rebate' datang dari pihak penjual secara sukarela tanpa janji yang mulzim.
· Pihak pelanggan tidak boleh menuntutnya dalam apa jua keadaan kerana ia adalah hak penjual untuk menentukan.
Ini juga merupakan keputusan Majlis Syariah Kuwait Finance House, Bank Ar-Rajhi, Bank Islam Sudan, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC dalam sidang mereka yang kelapan, menyebut :-
الحطيطة من الدين المؤجل لأجل تعجيله سواء أكانت بطلب الدائن أم المدين ضع وتعجل ) جائزة شرعا لا تدخل في الربا المحرم إذا لم تكن بناء على اتفاق مسبق
Ertinya : ‘Pemotongan hutang yang bertangguh pembayarannya disebabkan pembayaran yang disegerakan sama ada hasil permintaan pemberi pinjam atau peminjam adalah harus dari sudut hukum Syara' dan tidak tergolong dalam riba yang diharamkan jika ia tidak diaturkan atau disepakati oleh kedua belah pihak sejak dari awal' [1]
Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah diskaun jika membayar awal ini TIDAK boleh disepakati oleh kedua belah pihak sebagai terma kontrak Murabahah dan apa-apa kontrak jual beli mereka kerana ia akan membawa kepada hukum gharar PADA HARGA yang diharamkan. Hal ini ditegaskan oleh teks fatwa Kuwait Finance House, iaitu :-
ولا ينشأ بارتباط شفوي أو كتابي في العقد أو بعده وإنما يكون بإرادة منفردة من الدائن إن شاء أي دون شرط ملفوظ أو لحوظ
Ertinya : Jangan sesekali terdapatnya ikatan sama ada secara lisan atau bertulis dalam kontrak (Murabahah ) atau selepasnya (berkenaan pemotongan ini), sesungguhnya yang dibenarkan hanyalah jika ia datang dari pemilik hutang atas kehendaknya tanpa syarat yang di lafaz atau ditulis.
disunting dari zaharuddin
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/810-bank-islam--boleh-bagi-diskaun-atau-tidak-.html
aduh,,peningnya,,how can i understand this..?