terima kasih baba mama
26 December 2006
dari jauh, ki ba dan tok ma datang untuk menyambut kelahiran cucu mereka yang keempat ini...
tiada kata lain yang sesuai ditujukan kepada mereka kecuali satu ucapan..."terima kasih"
Read more...both..
kholah Hamidah bersama Aqilah,,hai,,dah pandai pandang kat kholah dah tu yer...
si Aqilah comel molek...
di sebelah kanan,,Ahmad Itqan dan di sebelah kiri pula,,Aqilah Izzati...bebiku
salam buat ki ba, tok ma, dan kholah hamidah kat rumah. ahmad itqan kat sini macam nilah dah semakin besar dan berat dia sekarang. suka buat hal jugak malam2 kalau dia nak tidur. dia dah boleh tidur atas dodoian kerusi yang tok ma beli tu. tapi kepalanya macam tulah dia suka tidur. siang je dia tidur atas tu. kalau malam tidur atas katil bersama.
ni kah slalu acces internet cari information untuk study,so dapat lah slalu update blog dgn friendster.
didoakan keluarga di sana sentiasa sihat sejahtera.amien.
ahmad itqan
08 December 2006
inilah ahmad itqan,tok ma kata matanya macam ki ba dia,mata sepet.
ha,ni ahmad itqan duduk dgn ammu zubir ,pakai baju ki ba bagi,,,lenanya dia tidur.
terima kasih baba dan tok ma yang menyambut kelahiran ahmad itqan pada 17 november 2006 at 8.25am.buat keluarga di perth,anak asmaa
14 November 2006
a.mie, k.tie,,nilah anak asmaa dan ishak, namanya nak kena make sure dengan mereka,tikah pun tak tau lagi dia nak letak nama apa..hmm,,baby ni 2.29kg..dia ada lesung pipit.tapi kat gambar ni tak nampak. asmaa ada kat hospital lagi,esok baru dapat balik.
mujahid,muaz,,macammana? dapat tak tengok gambar tu? mujahid dan muaz dapat sepupu perempuan
ni dulu gambarnya,nanti tikah bagi lagi.boleh tengok tak tu?melalui blog ni aje baru a.mie&k.tie dapat tengok kan.
skrg ni tikah duk menunggu jgk,,pukul 2.10 pg tadi dah ada tanda tapi nampaknya baby tak nak keluar lagi,,hmm,, alhamdulillah sempat lagi ni nak borak dengan a.mie dan k.tie kat blog ni.semalam yang berulang buat kali ke 21
10 November 2006
09 november 2006
alhamdulillah, tuhan masih lagi memberiku peluang untuk menatap alam sekeliling dan hidup bersama orang yang kusayangi di dunia yang sementara ini. bersyukurku ke hadrat ilahi kerana masih lagi menganugerahkan kepadaku usia ini. harapanku agar diriku sentiasa merasai nikmat ini dengan penuh tanda kesyukuran kepada Nya supaya diriku tidak menjadi seorang yang lalai dan alpa dalam kesenangan hidup ini.
sungguh pun diriku sering lupa kepada Nya namun Dia masih menyayangiku dengan memberi usia ini kepadaku. malu dan segan rasa di hati ini kerna daku bukanlah seorang hamba yang sentiasa taat setia dengan suruhanNya. daku gagal menjadi hamba yang solehah yang sentiasa melakukan ibadat dan amalan yang soleh.
oh tuhan,,,ampunkanlah dosa-dosaku yang tidak terhitung berapa banyaknya. berikanlah kepadaku semangat dengan adanya azam baruku untuk menjadi hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat. ya Allah, redhailah setiap langkah perjalananku di dunia ini supaya daku dapat bergembira jua di akhirat nanti. ya Allah, redhailah hambaMu ini,sesungguhnya tiada yang lebih berharga dari nilai keredhaanMu ya Allah.
hatiku terpanggil untuk mengingat semula bagaimanakah keadaaku di kalaku di usia bayi tapi memoriku tak semudah yang difikir untuk mengingatinya..bahagianya dapat kurasa jika sekiranya daku diberi memori di tika itu untuk mengingat kembali betapa gembiranya kedua ibu bapaku menyambut kelahiran anak ketiganya ini. tapi,,adakah pada usia ini,diriku masih dapat mengembirakan hati kedua-duanya?..tak termampu untuk kujawab persoalan itu.
hanya alunan doa yang mampu kubalas di atas segala pengorbanan mereka menjagaku dan membesarkanku. terima kasih buat ayahanda bonda yang tidak pernah kulupa.terima kasih juga buat teman-teman yang masih mengingatiku di usia ini.
Read more...
ketekunan dan keyakinan..
04 November 2006
sahabat-sahabat, rakan taulan sekalian.
Di dalam kehidupan kita seharian, kita mestilah mempunyai keyakinan kepada diri kita sendiri, impian yang ingin dicapai mestilah dilihat sebagai suatu matlamat dan tujuan yang mesti diperolehi dengan usaha dan kesungguhan yang mendalam walaupun dihujani dengan pelbagai ujian, rintangan, dan dugaan. Kadang-kadang, permasaalahan yang kita hadapi sering menjadi penghalang semangat dan ketekunan kita dalam mengejar cita-cita yang dibina. Tetapi, ingatlah sesungguhnya perkara itu sebenarnya mengajar kita supaya menjadi manusia yang lebih matang dan pandai untuk mengenali erti sebenar kehidupan...
Amatlah bertuah jika kita dapat mengimbas kembali bagaimanakah tuhan telah mengajar kita bagaimana menempuh usia-usia yang berbeza bermula ketika kita di usia seorang bayi sehinggalah kita di usia ini. Alhamdulillah, kita sebenarnya telah sampai ke tahap ini,,samada sebagai seorang pelajar, seorang suami atau isteri, seorang anggota masyarakat dan sebagainya. Ini bermakna bahawa kita telah berjaya menempuh cabaran yang datang dengan adanya kekuatan dalaman yang ada di dalam diri kita sendiri.
Sebenarnya, yang menjadi permasaalahan cumanya adalah keraguan tentang keyakinan kita sendiri dalam menghadapi perkara tersebut. Oleh itu, keyakinan pada diri sendiri merupakan tiang utama dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian ini. Ingatlah bahawa ujian itu adalah tanda kasih dari tuhan kepada hamba-hambanya yang beriman. Insya Allah, kita tergolong kalangan orang-orang yang berjaya.
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)
