Flowers

my work will finish but when it will be?..

13 June 2008

perasaan berdebar sudah jadi lumrah dalam orang yang belajar...itulah yang dapat kurasa pada waktu ini,,walaupun mengantuk tetegak gak mata dua biji ni depan laptop HP pavilion dv6000 abg ni,,almaklum credit untuk dissertation ni 60,bangyak tu,,, kalau tak lepas,,aduh..belek kertas sama lagi,,nauzubillahi minzalik!..
tapi segar sikit kurasa sebab baru aje terima email dari pakcik raja yang dia kata bagi semua chapter yang dah dibuat,,hehe sebab dia tak paham,pemende yang ku tulis,,bagi2 terus je yang chapter four,,marahlah dia..tapi alhamdulillah lah ada jugak orang yang boleh tolong checkkan tulisan ku yang entah bahasa tulisan apa yang kuguna..tawakallah..tunggang terbalik pun, itulah tulisan bahasa yang berjaya kusiapkan...
pada saat ini, ku dapat merasakan di tahap mana kemampuanku,,realise yg mana tahap yang susah untuk kemampuanku mencapainya...
namun, walau di tahap mana kemampuanku untuk mencapai kejayaan itu,,ku hanya berserah...yang pasti, usaha dan tenagaku..rasa berpuas hati dengan kerja2 pembelajaran ini kerana segala knowledge yang kudapat dapat difahami dengan betul,,, dan ku mengharap ianya akan bermanfaat untuk masa depan nanti...

Read more...

jadual harian itqan...

12 June 2008

'mama'..'baba'...'nak air' itulah perkataan yang itqan selalu sebut...'dido,,dido' itulah dia ajak mama tidurkan dia, perkataan tido x boleh sebut dgn betul lg,,,'cici' chicken lah, mama ajar chicken, dia sebut 'cici'... 'ball,,ball,ball...' ini yang paling itqan suka sangat sebab dia suka sangat kat bola2 kecil, dan satu lagi baba yang suka layan dia main ball,, sampai apa benda yang bentuk bulat, semuanya dia buat jadi ball, di baling2 nya sampai puas...contohnya kalau mama bagi dia apple suruh makan, then gigit sikit terus lantum jadi ball..kalau mama masak kat dapur, jumpa bawang, habislah jadi ball semua bawang2 mama kat dapur...

time mengaji,mengajilah dia dengan mama, walaupun mama tak faham ahruf apa yang dia ikut tu,,,solat pulak,,cepat2 dia ambilkan sejadah,,nanti orang solat,dia main..then, time mama baca doa barulah dia mai balik nak baca doa sekalai n time bagus dia salaam...

sebelum tidur, mama ajarkan itqan baca buku dulu,,,habis semua dah baca dari kulit ke kulit, mama berenti dia sambung pulak,,habis je,,nanti terpelantinglah buku tu kat mama,,time dia rajin simpan, simpanlah,tapi time tak nak dibalingnya kat bawah atau disoroknya di bawah bantal...

kes gosok gigi,,mama selalu nak kena tengok2kan dia,kalu tak dimakannya ubat gigi strawberry tu,,alakullihalnya nasib baik dia suka nak gosok gigi...

stakat ini dulu citer petang yang entah apa apa,,coretan di waktu mengenang arus kehidupan...

Read more...

suatu ibadah yang tak perlu dicari..

sebenarnya, menjaga anak-anak, melayan karenah nangis, bising, dan segala macam karenah kanak kanak kecil yang belum lagi boleh mengerti akan hidup ini, di mana buruk dan baiknya, jika di ikhlaskan niat kerana menjaganya demi menerima anamah dari tuhan,, akan dikira suatu ibadat,,,kesabaran dalam melayan dan mendidik anak sebenarnya mesti ditanam di dalam diri dan disebatikan dalam hidup setiap ibu bapa yang ingin melihat anaknya membesar mengikut landasan iman dan ajaran Islam..

didikan bermula dari diri ibu bapa sendiri, ibu bapa yang patut melatih diri sendiri terlebih dahulu dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak untuk mengikut jejak baik yang kita tanamkan...jikalau dia yang rosak, ibu bapalah yang akan dipersoalkan,,,

ibu bapa memainkan peranan penting di dalam kehidupan anak-anak kerana ibu bapa lah tempat dia menagih kasih sayang dan pada masa yang sama memerlukan tarbiyyah yang betul daripada orang yang betul2 menyayanginya,,

di dalam situasi ini, kesabaran amat diperlukan oleh kedua ibu bapa dalam menguruskan masa di mana harus dibahagikan masa untuk anak-anak, untuk diri sendiri, dan orang sekeliling...

jikalau pengurusan masa tidak berjaya dibahagikan dengan betul, keserabutan dan kesibukan urusan rumah tangga serta kerja akan mengganggu kehidupan kekeluargaan yang sihat dan cemerlang...

kesefahaman perlu dititik beratkan kerana ke manakah arah tuju dan masa depan anak-anak perlu di usahakan bersama,

anak-anak merupakan suatu kurniaan dari tuhan, kerana itu ibu bapa perlu menjadikannya suatu ibadah demi menjaga amanah tuhan...

''di mana ada kesabaran, disitu akan ada suatu kejayaan...''

Read more...

at this moment...a memory to be remembered

walaupun itqan selalu dengan aktiviti2 nya yang mungkin membuat mama dan baba disinggahi perasaan marah,, tetapi wajahnya yang sentiasa ceria membuat kami bersyukur,,
sukanya itqan main kat padang mainan tapi itulah sekali sekala saja dapat bawa walaupun padang dekat,,penatlah mama nak bawa selalu,,nanti mama submit dissertation,insa allah boleh lah layan itqan selalu..
sempat jugak bergambar kat alexandra park ni,,suka betullah tengok itqan keliling padang luas,,balik rumah letihlah dia..
walupun dissertation bukanlah dijenguk selalu, tetapi itulah, selagi x siap, selagi itulah kekal di dalam otak fikiran,,kerja lain pun kurang menjadi,,hehe tapi shoknya tak sabar nak submit dissertation, tawakkal lah,,,
apapun, bersyukur kerana ku diizinkan oleh tuhan untuk berada di pengajian tahap ini walaupun, masa dan keadaan yg tak mengizinkan ku untuk lebih focus kpd pelajaran 100%,,alakullihal,alhamdulillah,syukur lillah...
yahooo...selamat tinggal MA ku..

Read more...

itqan with his book n makan turkey...

16 January 2008

ni itqan dengan buku kegemarannya...kalau sebut two hippos,,tahulah dia pegi ambik buku tu...
dapat jugak merasa ayam turkey, bukan main lama tunggu masak, boleh tahan 2/3 jam jugak..hehe..10 pound sekor ,,,puah hati makanngg...

Read more...

kelmarin yang perlu ditinggal..

sejarah hidup yang kelam harus diusir dengan ada sikap berusaha menjadi yang terbaik dan berusaha memajukan diri menuju kepada impian yang dicipta sendiri.. jikalau tiada usaha yang terbaik,natijahnya juga bukan yang terbaik dicapai...

impian, walaupun direka sendiri, memerlukan semangat, ketekunan dan keyakinan dari diri sendiri untuk merealisasikannya...usah dihitung kelemahan diri kerana ia akan menjadi beban yang menghalang jalan impian yang dituju...

usah bergantung dengan persekitaran yang menghalang...kerana mungkin ia akan mengundang malang yang tak diingini diri...kerana persekitaran memberi tekanan yang tinggi kepada personaliti seseorang...oleh itu, kawallah persekitaran dengan adanya sikap posifit ke arah kebaikan kerana ia akan membantu kita ke arah kecemerlangan hidup yang diinginkan...

kelmarin yang perlu ditinggal untuk menuju hari esok yang lebih cemerlang...

Read more...

exam menjengah lagi

this is actually my last exam dlm pengajian ini..hehe..adakah masih ada lagi exam yang perlu ditempuhi selepas ini...terpulanglah atas taqdir,,,tapi nauzubillah kalau jadi dua kali..insyaallah najah...otak mula berserabut macam biasa sebab selalu akan kelam kabut dengan buku2 dan kertas2 yang bersepah2, apa yang tak faham, perlu dikorek dan dikaji sampai dapat,,,kalau tak otak makin berserabut dengan tali2 barut yang tak berkesudahan...

betul,,,sesuatu perkara, jika di pandang susah, ia akan menjadi susah, jika dipandang mudah, ia akan menjadi mudah,,,tapi jangan tersilap faham....jangan buat2 memudahkan sesuatu perkara kerana ada perkara yang perlukan perhatian yang mungkin membuatkan kita susah...tapi penting jugak,,kita perlukan 'keredaan hati'...dalam melakukan sesuatu perkara samada senang atau susah...

nasib baik exam ekonomi di postpond ke 29 nt, alhamdulillah,,,syukur yg memanjang..bukan main susah module question...lembik kepala memikirkannya...hehe...nasib baik jugak ada geng untuk kukongsi soalan susah itu...tapi entah berjaya ke tidak untuk kudapatkan kesemua jawapan itu dlm masa 13hari lagi ini...menghitung hari lah jawapnya...

Read more...

kebahagiaan tidak serupa kerana insan itu tidak sama

01 January 2008



mencari kebahagian adalah impian semua insan tetapi tuhan telah menetapkan bahawa perasaan bahagia itu adalah berbeza, adakah seseorang itu bahagia dengan harta yang dimilkinya?..mungkin, kerana dia merasa harta membuatkan dia tenteram dan bahagia, mungkin juga tidak, kerana harta membuatkan dia merasa kesah, tiada anak di sisi, tiada sahabat yang mendampingi, tiada jiran yang boleh dipercayai..



adakah kerana harta, semua manusia akan merasa bahagia?, tidak! tentu sekali tidak, ramai orang yang miskin merasai kebahagiaan kerana mendapat secukup belaian kasih sayang yang diberikan oleh keluarga,,



'perasaan bahagia' akan datang apabila kita bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada kita samada ianya sedikit ataupun banyak yang berlebihan...



apabila kita diberi harta yang sedikit, syukur kita adalah dengan tidak merungut dan keluh kesah, sebaliknya redha dengan apa yang dianugerahkan tuhan, gunakanya sebaik2nya dan menghargainya sebagai anugerah dari tuhan..



apabila kita menjadi orang kaya dengan wang yang sangat banyak dan berlebihan, hindarilah sifat kedekut, rendah hati dan menjadi seorang yang pemurah kerana memanjat syukur kepada tuhan..



otherwise, tuhan menyukai orang kaya yang pemuran tetatpi Allah lebih menyukai orang miskin yang pemurah....



waallahua'lam bissawab...

syukur,,syukur,,alhamdulillah....




Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP