bangunlah wahai mujahid
01 April 2007
Perjuangan ini merupakan warisan nabi Muhammad s.a.w yang juga diwarisi dari nenek moyang kita dari nabi Adam a.s. Sungguh bertuah kita pada hari ini kerana tergolong dari golongan orang yang memperjuangkan agama Allah s.w.t di muka bumi ini. Perjuangan yang didokong ini adalah perjuangan yang diusahakan sedaya upaya dengan qudrat yang ada, dengan kemampuan serta kesusahan demi menegakkan daulah islamiah di muka bumi. Allah s.w.t telah pun menjelaskan bahawa Dia akan menganugerahkan syurga kepada hamba2Nya yang berjuang di jalanNya. Perjuangan ini memerlukan kekuatan rohani untuk membina amilin2 yang tetap teguh di dalam kerja2 dan proses2 jihad sebagaimana yang terkandung di dalam surah al-muzammil, Allah s.w.t memerintahkan nabi Muhammad s.a.w untuk bangun malam walaupun sekejap kerana tugas yang akan dipikul oleh nabi Muhammad s.a.w adalah berat sekali. sesungguhnya bangun malam itu adalah salah satu kekuatan bagi kaum muslimin.bangkitlah dan sedarlah wahai kaum muslimin sekalian, kumenyeru, juga menyeru diriku sendiri supaya dapat sama2 mengerjakan qiamullai walaupun dengan dua rakkaat solat demi menyahut tuntutan itu kerana kita adalah pejuang, pendakwah, dan pendokong agama Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment