siapakah kita?,adakah kita juga warisan para anbia? jika begitu,bacalah apakah tugas kita..
05 April 2007
Kelahiran Rasulullah mengangkat martabat ulama
Zainudin Hashim Thu Apr 05, 07 03:17:41 PM
Tidak ada manusia di dunia ini yang mampu untuk mencari jalan bagi mengangkat kedudukan para ulama melainkan baginda Rasulullah s.a.w., justeru kelahiran baginda benar-benar memberi ruang dan peluang kepada golongan ulama untuk melangsungkan tugas, peranan dan tanggungjawab yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ini kerana dalam sebuah hadis baginda ada menegaskan bahawa : “Akan datang satu masa kepada orang ramai, di mana mereka menjauhkan diri daripada para ulama dan golongan fuqaha (ilmuan dalam ilmu fiqh), maka Allah SWT akan menimpakan ke atas mereka dengan tiga bala :
1- Allah akan mengangkat dari diri mereka keberkatan dalam segenap usaha yang dilakukan.
2- Allah akan menghukum mereka dengan wujudnya pemerintah yang zalim.
3- Mereka akan meninggalkan dunia ini tanpa membawa walau secebis iman dalam diri mereka”.
Hadis di atas dengan jelas menunjukkan bahawa para ulama mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT, malah dalam satu hadis yang lain, baginda menegaskan : “Para ulama itu adalah pewaris nabi-nabi”.
Al-Quran juga ada menegaskan, bahawa ulama adalah golongan yang paling takut di sisi Allah, mereka takut kerana bersebab :
1- Takut jika tidak menjalankan tanggungjawab menyedarkan masyarakat ke jalan kebenaran.
2- Takut jika Islam tidak tersebar secara meluas di kalangan umat manusia sejagat.
3- Takut jika masyarakat mencari selain Islam sebagai pegangan dan kepercayaan mereka.
4- Takut untuk dihumban dalam api neraka, justeru mereka sentiasa berwaspada.
5- Takut apabila tidak menyampaikan yang hak dan menyokong yang bathil.
6- Takut apabila tidak menyuruh yang baik (makruf) dan tidak mencegah yang mungkar.
7- Takut apabila ada di kalangan orang Islam yang mati dalam agama selain Islam.
Justeru, ulama diseru agar sentiasa peka dalam mengemas-kinikan pengisian agar mudah diterima oleh semua golongan manusia, yang muda, tua, bukan Islam dan sebagainya, kerana Islam adalah hak milik bersama dan bukan khusus buat golongan tertentu sahaja. - mks
"kumenyeru sahabat-sahabat apatah lagi diriku sendiri supaya tidak pejam mata dengan dunia hari ini,tengoklah manusia yang tidak tahu ke mana arah hidupnya,di mana kedudukan agamanya...marilah sama2 kita berusaha ke arah kerja-kerja dakwah dan jihad demi menbina seorang Islam,keluarga Islam, masyarakat Islam,dan negara Islam..walaupun dengan kesusahan yang kita hadapi,,biarlah kita tidak lupa demi agama ini untuk memperjuangkannya walaupun dengan sedikit usaha dan pengorbanan..."
"bantulah rakanmu yang menjadi pendakwah, sedarkanlah rakanmu yang lalai,dan bimbinglah seorang muslim yang dahagakan ajaran Islam".
sudah lumrah perjuangan, ianya akan diiringi dengan rintangan kerana ini merupakan perjuangan Rasulullah s.a.w...ketahuialh wahai sahabat2, rintangan itu bukan sahaja musuh agama kita tetapi ia juga datang dari diri kita sendiri dengan sifat malas,lalai etc, dugaan keluarga, cabaran kerja, dan masyarakat sekeliling...haruslah kita bersabar kerana Allah s.w.t telah menentukan bahawa setiap amalan yang kita lakukan ada ganjarannya.wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment