semalam yang berulang buat kali ke 21
10 November 2006
09 november 2006
alhamdulillah, tuhan masih lagi memberiku peluang untuk menatap alam sekeliling dan hidup bersama orang yang kusayangi di dunia yang sementara ini. bersyukurku ke hadrat ilahi kerana masih lagi menganugerahkan kepadaku usia ini. harapanku agar diriku sentiasa merasai nikmat ini dengan penuh tanda kesyukuran kepada Nya supaya diriku tidak menjadi seorang yang lalai dan alpa dalam kesenangan hidup ini.
sungguh pun diriku sering lupa kepada Nya namun Dia masih menyayangiku dengan memberi usia ini kepadaku. malu dan segan rasa di hati ini kerna daku bukanlah seorang hamba yang sentiasa taat setia dengan suruhanNya. daku gagal menjadi hamba yang solehah yang sentiasa melakukan ibadat dan amalan yang soleh.
oh tuhan,,,ampunkanlah dosa-dosaku yang tidak terhitung berapa banyaknya. berikanlah kepadaku semangat dengan adanya azam baruku untuk menjadi hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat. ya Allah, redhailah setiap langkah perjalananku di dunia ini supaya daku dapat bergembira jua di akhirat nanti. ya Allah, redhailah hambaMu ini,sesungguhnya tiada yang lebih berharga dari nilai keredhaanMu ya Allah.
hatiku terpanggil untuk mengingat semula bagaimanakah keadaaku di kalaku di usia bayi tapi memoriku tak semudah yang difikir untuk mengingatinya..bahagianya dapat kurasa jika sekiranya daku diberi memori di tika itu untuk mengingat kembali betapa gembiranya kedua ibu bapaku menyambut kelahiran anak ketiganya ini. tapi,,adakah pada usia ini,diriku masih dapat mengembirakan hati kedua-duanya?..tak termampu untuk kujawab persoalan itu.
hanya alunan doa yang mampu kubalas di atas segala pengorbanan mereka menjagaku dan membesarkanku. terima kasih buat ayahanda bonda yang tidak pernah kulupa.terima kasih juga buat teman-teman yang masih mengingatiku di usia ini.
Read more...