analisis zakat kepada non muslim- copied from tazkiyah al-mal
19 November 2010
Hujah Khalifah Umar al-Khattab mempamerkan amalan pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim ini sangat berkait dengan keadaan sosio politik umat Islam. Keadaan sosio politik ketika Rasulullah s.a.w adalah berbeza dengan keadaan sosio politik pada ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab. Amalan ini diikuti oleh Khalifah Uthman b. Affan Ali b. Abi Talib turut tidak mengagihkan zakat kepada golongan non-Muslim.
Bagi kalangan ulama fiqh pula terdapat pandangan yang berbeza. Misalnya ulama mazhab Hanbali dan Maliki berpendapat pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim dibolehkan. Ia adalah bertujuan bagi menggalakkan golongan ini menganut agama Islam. Ulama mazhab Hanafi dan Syafi’i pula berpendapat zakat kepada golongan non-Muslim tidak dibolehkan walau apa jua tujuan sekalipun (Wahbah al-Zuhaili, 1994).
Dalam kalangan fuqaha pula khususnya kalangan empat mazhab, terdapat dua pandangan yang bertentangan. Di satu pihak berpendapat golongan non-Muslim ini boleh diberikan zakat, tetapi di pihak yang berpendapat sebaliknya. Kalangan ulama mazhab Hanbali dan Maliki berpendapat pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim dibolehkan. Ia adalah bertujuan bagi menggalakkan golongan ini menganut agama Islam. Sebaliknya ulama mazhab Hanafi dan Syafi’i pula berpendapat zakat kepada golongan non-Muslim tidak dibolehkan walau apa jua tujuan sekalipun (Wahbah al-Zuhaili, 1994).
Namun ini tidak bererti zakat kepada non-Muslim dibatalkan sama sekali. Golongan non-Muslim adalah kekal dan tidak dimansukhkan (Wahbah al-Zuhaili, 1994). Apatah lagi pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim ini ditetapkan menerusi nas al-Quran dan al-Sunnah (al-Qaradawi, 1994).
Justeru semua pandangan itu dapat dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, ketentuan pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim adalah bersandarkan al-Quran sendiri (Al-Tawbah, 9 : 60). Ia turut disokong oleh Al-Sunnah. Golongan non-Muslim seperti Abu Sufyan ibn Harb, ‘Uyainah Ibn Hisan dan al-Aqra’ Ibn Habis menerima agihan zakat daripada Rasulullah s.a.w. Ini mempamerkan bahawa dana zakat boleh digunakan untuk membiayai usaha-usaha dakwah kepada golongan non-Muslim.
Kedua, pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim tidak lagi diagihkan apabila kedudukan sosio politik umat Islam telah kuat. Inilah ‘illah yang dipakai oleh Khalifah Umar al-Khattab kemudiannya diikuti oleh Khalifah Uthman b. Affan dan Khalifah Ali b. Abi Talib. ‘Illah itu sendiri boleh berubah sesuai dengan keadaan semasa dan setempat. Maka pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim adalah bertujuan untuk menggalakkan mereka menganut agama Islam, maka dengan itu mereka terselamat daripada neraka.
Ketiga, walaupun pengagihan zakat kepada golongan non-Muslim mendapat reaksi pelbagai daripada kalangan ulama mazhab, namun ia tidak bermakna zakat kepada non-Muslim dibatalkan sama sekali. Terdapat kalangan mereka yang berpendapat bahawa golongan non-Muslim adalah kekal dan tidak dimansukhkan.
Read more...