Flowers

majlis penyampain anugerah cemerlang dan sambutan hari jadi beramai-ramai

12 November 2010

alhamdulillah, hari ni adalah hari penyampain anugerah cemerlang kepada pelajar pasti al-ummah, untuk kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun. ramai ibu2 yang datang hari ni berbanding hari sambutan aidilfitri hari tu,,suka tengok kanak-kanak ni yang selalu ada improvement.

kanak-kanak yang dapat anugerah tadi semuanya seramai 12orang tetapi hanya 3 orang sahaja kanak-kanak lelaki, 9 orang baki tu semua di pelopori oleh golongan perempuan. Itqan? itqan berada di tempat ke berapa dalam senarai tu..? aduh..! banyak betul nombor yang dia dapat dalam ujian kemahiran akhir tahun dia,,antara salah satu sebabnya adalah ramai betul ahli kelas dia 20 orang,,banyangkan,,tempat ke berapa agaknya dia kalau dia tidak dapat hafal dengan sempurna 5 surah iaitu surah al-fatihah, an-nas, al-falaq, al-ikhlas dan al-masad..memang mencabar betul nih..nak buatkan dia melompot-lompat sampai nombor satu dalam kelas...ini bukan lompat tahun,,cuma cabaran lompat nombor untuk tahun depan ;) he needs more exercises..that must be done through a good learning at home..thats ME of course..

hafazan doa itqan perlu dipertingkatkan,,banyak lagi doa-doa harian yang belum ku ajar dia dan pastikan dia ingat,,memang betul2 mencabar nak didik anak jadi pandai..dalam ujian kemahiran akhir tahun baru-baru ini, hanya 5 doa sahaja yang perlu dihafaz iaitu doa sebelum tidur, sebelum makan, selepas makan, masuk tandas, dan masuk masjid. itu pun 2 aje yang dia ingat..macam mana lah langkah yang lebih proaktif untuk buatkan dia cepat ingat. yang ingat itu pun nak selalu kena tolong sambung-sambung kan. tahun depan banyak lagi doa yang perlu dia hafaz.

markah ujian kemahiran akhir tahun itqan dalam matematik dapat 50%, bahasa melayu 92%, al-quran 80% dan bahasa inggeris 66%..banyak lagi yang mesti ditingkatkan. nampaknya keperluan kepada lebihkan tumpukan kepada pelajaran itqan amatlah tinggi. sebab umur itqan semakin meningkat, dia mesti menguasi pelbagai kemahiran, bukan sahaja kemahiran menulis, mewarna, melukis dan menghafaz tetapi juga kemahiran pergaulan sesama rakan. hairan bin ajaib jugak time fikir2, kenapalah agaknya sewaktu di sekolah , itqan tak suka berkawan dengan rakan2 K4T,,cari2lah jugak sebabnya time ada program kat sekolah dia..tup tup,, x pasti,,mungkin sebab itqan tak pandai berdikari, asyik2 mama yang buatkan semua,,kalau tak pergi ke program sekolah nya,, agaknya dia makan sendiri ke tak..? memang dia tak makan,, pergi sekolah hari-hari pun dia buat balik bekal berisi :) balik sekolah lah jawabnya,, suruh mama suapkan..aduih,,dalam orang ramai2 tadi,,semua kanak-kanak makan sendiri,,dia suruh jugak suap,,tadi time dah balik rumah,,kena jugak paksa makan sendiri.

itulah orang tua-tua dah cakap,,jangan selalu manjakan anak, nanti tak pandai nak berdikari, takut itu ini,,

jadual itqan di rumah nak kena di reshedule balik,, banyak yang kena di ambil beratkan,,lebih2 lagi hafazan, dan matematik.

...sambutan hari jadi ramai2 tadi,,memang ramai sungguh lh, x muat nk duk depan semuanya,,dari bulan julai hingga disember,,ape tak ramainya,,itqan pun masuk skali,,time potong kek,,beratur lh dia,sama tinggi aje dgn meje,,nampak ke tak dalam gambar tak tau,,time bagi hadiah,,cikgu ayu panggil nama dia,,buat ded je..sampai lh cikgu pimpin tangan dia suruh bangun,,duduk dah depan sekali,,ke mana lah agaknya fikiran dia waktu tu,,banyak sangat kot dia tengok tabung simpan duit yang tersusun rapi atas meja kat depan,,sampai x perasan nama dia..macam2 lh ragam anak2 ni..

duk rumah time dia main,, sampai nak pecah kepala kita,,tapi time dia tidur,,sunyi plak rasa..,

Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP