Antara hujjah yang digunakan bagi rebate ini adalah :-
1) Hadis
Diriwayat bahawa Nabi s.a.w ketika ingin mengusir keluar Yahudi dari Madinah, ada di antara mereka yang mempunyai hutang dengan umat Islam, lalu Yahudi mengadu kepada Nabi
فقالوا يا نبي الله : إنك أمرت بإخراجنا ولنا على الناس ديون لم لم تحل فقال رسول الله ضعوا وتعجلوا
Erti : Wahai Nabi Allah, engkau mengarahkan kami keluar sedangkan kami masih mempunyai hutang yang belum selesai.
Balas Nabi : Segerakan bayarannya dan akan diberikan potongan (Riwayat Abu Daud)
2) Ijtihad Sahabat
Pandangan ini juga dipegang oleh Ibn Abbas, An-Nakha'ie, Hasan al-Basri, Ibn Sirin, satu pandangan dalam mazhab Syafie, salah satu riwayat dari Imam Ahmad dan juga ijtihad Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan majoriti ilmuan Fiqh kontemporari. Di sebut juga keharusannya di dalam Majalla al-Ahkam Al-Adliya :-
ويجوز أن يقضي المقترض خيرا مما أخذ أو دونه برضاهما ولو بزيادة أو نقص في القدر أو الصفة من غير شرط ولا مواطأة
Erti : Harus bagi peminjam untuk membayar balik hutang sama ada lebih atau kurang dengan redha kedua belah pihak, walaupun ia melibat kurang dan lebih pada jumlah atau sifatnya namun mestilah tanpa disyaratkan (di awal kontrak) atau perancangan dengan persetujuan awal kedua belah pihak. [3]
3. Aqal
Ia adalah tergolong dalam bab melepaskan hak (tanazul) sahaja menurut kaedah ( ضع وتعجل )
Unsur gharar yang ditakuti juga telah terhakis kerana objektif di sebalik pengharaman gharar adalah pergaduhan dan kezaliman, namun dalam hal ini pihak peminjam sudah tentu tidak akan menolak tawaran diskaun, manakala pihak pemberi pinjam pula redha kerana mengalu-alukan hutangkan dibayar dengan kadar segera. Apabila mafsadah di sebalik gharar telah dapat ditangani, justeru hukumnya kembali kepada harus.
disunting dari zaharudin.net
Read more...