apakah matlamat sebenar kita bekerja atau belajar..? adakah kerana ingin mengejar kesempurnaan hidup di dunia ini...? adakah hanya kerana ingin di pandang,, dimuliakan orang , dihormati orang ,,atau sekadar tidak dihina di mata orang..?cubalah merenung jauh dimanakah arah tujuan kita yang sebenarnya...
atau mungkin kerana ingin mencari keredhaan tuhan,,jika itulah kemahuan kita, kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada,,bersyukur dengan apa yang diberikan..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh untuk menikmati suatu kemewahan,,jika kita dikurniakan kemewahan,,buatlah apa yang sepatutnya untuk menunjukkan syukur kepada tuhan,,tetapi jika kita bukanlah kalangan orang yang senang,,berpadalah dengan apa yang dikurniakan,,bukan berlumba-lumba untuk kemewahan dan kesempurnaan...
kerana kesempurnaan itu bukanlah erti kepada hidup ini, yang penting kita mendapat keredhaan dan keberkatan tuhan. keberkatan di dalam pekerjaan atau pun pembelajaran. apakah erti kesempurnaan itu jika diberikan kepada kita...ia hanyalah suatu pinjaman semata2 , kita bukanlah memiikinya secara mutlak, kita juga tidak berkuasa menjaganya,,kerana tuhan sahajalah yang berkuasa ke atasnya, jika Dia ingin mengambilnya kembali dari kita,,,,hanya dengan sekelip mata sahaja,,tiada erti usaha kita yang bertahun2 berpenat lelah ke arah kesempurnaan itu...betul ke?... jika kesempurnaan hidup yang kita harapkan di sini kita akan binasa,, binasa dengan diri sendiri,,,binasa dengan kemewahan dunia yang mengaburi mata kita, yang berada di sekeliling kita....
Jika kita berjaya dengan cemerlang, kemudian berjaya mendapat pekerjaan, berjaya memiliki sebuah rumah untuk didiami atau membeli sebuah kereta untuk kegunaan keluarga..adakah kerana semua itu hidup kita..? berlumba-lumba ke arah kemewahan? kesempurnaan hidup?...?
Betul.., bahawa kita mesti berusaha untuk terus maju ke hadapan,,dari kurang pandai kepada cemerlang,,dari miskin kepada kaya,,bukan hanya duduk pada satu tapak yang sama..tapi jangan jadikan kesempurnaan dan kemewahan dunia itu satu-satunya matlamat hidup kita...tanpa mengira hubungan hidup kita dengan tuhan pencipta, ruang masa mana kita luangkan untuknya,,adakah 'Islam' berada dekat dengan kita dan sejati dalam diri dan hidup kita..?adakah cukup sekadar solat lima waktu yang kita laksanakan...?banyak mana kah ibadat yang telah kita lakukan, berat manakh bekal yang telah kita sediakan,,untuk perjalanan di masa hadapan..? itu lah sebenarnya matlamat utama kita dihidupkan...
astaghfirullah al-azim.., bayak manakah syukur yang telah kita panjatkan dengan apa yang telah Dia berikan, banyak mana zikir kita kepada tuhan ,,sehari harian,, sepanjang pekerjaan kita atau pembelajaran...?janganlah alpa dan lupa kepadanya...
berapa kalikah kita dapat 'khatam'kan quran dalam setahun..? jika sekali setahun alhamulillah,,jika tidak pernah walaupun sekali 'khatam' alquran dalam setahun..astaghfirullah al-azim,,yaAllah..di manakah kita..? di manakh pergi masa2 kita...? jika kita dapat luangkan hanya 5 minit setiap kali lepas sembahyang,, baca alquran hanya sebanyak 2 muka surat sahaja,,banyak mana kita dapat 'khatam' alquran dalam masa setahun...? setiap 2bulan kita boleh 'khatam' alquran bermakna kita boleh 'khatam' alquran 6 kali setahun..alquran itulah 'bicara' tuhan dengan kita..
tentukanlah matlamat kita,,,,dan berusahalah ke arahnya...
Read more...