31hb dis- 2 jan UZAR d tv9
copy dari UZAR site:
1) Bank-bank Islam adalah mengamalkan back door riba.
2) Bank-bank Islam mengambil untung dari ‘time value of money’ yang merupakan inti kepada riba.
3) Beberapa kenyataan Sheikh Imran Hossein dari Mauritania yang mengkritik perbankan Islam (merujuk kepada klip ini sahaja).
4) Bank-bank Islam menjual melebihi ‘market value’ yang sepatutnya adalah didasari oleh ‘cash market’ dan bukan ‘credit market’.
5) Bank Islam mahal dari konvensional.
6) Bank Islam patut lebih murah dan membantu umat Islam.
6) Bank-bank Islam mengenakan caj ke atas rumah pelanggan yang terbengkalai.
7) Bank-bank Islam menggunakan wang kertas yang tiada nilai ‘intrinsic’, yang ‘nature’nya adalah riba. Justeru bank-bank Islam juga riba malah berganda.
8) Bank-bank Islam menggunakan banyak ‘hilah’ dalam produk mereka, justeru ia ibarat menyarung kulit lembu kepada serigala.
materials..
29 December 2010
1. sistem pengambilan keunntungan
http://www.docstoc.com/docs/document-preview.aspx?doc_id=21984774
2.Perbezaan Pelaburan dalam Pasaran Modal Islam dengan Pasaran Modal Konvensional
http://www.slideshare.net/mandalina/perbezaan-pelaburan-dalam-pasaran-modal-islam-dengan-pasaran-modal-konvensional3.floating rate murabahah
http://www.slideshare.net/Widodo/floating-rate-murabahah
4.Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah
http://www.slideshare.net/lukmanul/presentasi-fiqh-siyasah-12?src=related_normal&rel=364703
5.Produk Produk Perbankan Syariah
http://www.slideshare.net/zudin/produk-produk-perbankan-syariah6.murabaha and bai bithaman ajil (kontrak jual beli)
http://www.slideshare.net/mandalina/murabaha-and-bai-bithaman-ajil-kontrak-jual-beli Read more...perakaunan zakat pendapatan
copy dari zahri hamat
Dengan kata lain, kaedah pertama ialah dikira daripada keseluruhan jumlah pendapatan dan dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus sebagai zakat. Kaedah kedua ialah dikira daripada jumlah pendapatan ditolak keperluan asas yang dibenarkan, iaitu diri sendiri RM8,000, isteri RM3,000, anak-anak RM1,000 seorang, pemberian kepada ibu bapa; caruman KWSP, caruman ke dalam akaun Tabung Haji dan caruman ke dalam mana-mana institusi yang mengeluarkan zakat kepada pencarum seperti takaful. Setelah itu barulah zakat dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus. Kaedah ketiga ialah dikira daripada jumlah pendapatan ditolak jumlah sebenar perbelanjaan keperluan asas, iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, perubatan, pengangkutan dan pendidikan. Kemudian zakat dikeluarkan pada kadar 2.5 peratus.
Kaedah pertama adalah agak membebankan kerana ia langsung tidak mengambil kira aspek penggunaan dan saraan seseorang. Kaedah ketiga tidak digalakkan kerana seseorang itu boleh jadi terlepas daripada menunaikan zakat pendapatan, walhal pada masa yang sama dia mampu menjalani hidup yang mewah, misalnya memiliki kereta besar dengan rumah yang besar. Kaedah kedua adalah paling baik kerana ia tidak terlalu ringan dan tidak terlalu membebankan sehingga menyebabkan seseorang itu terlepas dari menunaikan zakat pendapatan. Kaedah kedua inilah yang diamalkan di negara ini.
copy dari lembaga zakat selangor
19 December 2010
Oleh: www.hamizul.com
Adakah kadar, nisab dan haul zakat bagi semua jenis harta zakat adalah sama, yakni 1/40, mesti bersandarkan 85 gram emas dan wajib menggenapi satu tahun? Sebenarnya kadar zakat adalah berbeza-beza mengikut jenis harta zakat dan ia sudah ditentukan oleh Islam.
Pertama, zakat pertanian, seperti padi, gandum, jagung dan sebagainya lagi, dikenakan kadarnya lima peratus jika diairi dengan usaha dan teknologi manusia dan 10 peratus jika diairi sepenuhnya oleh air hujan. Nisabnya adalah lima ausuq/ wasaq. 1 wasaq = 60 sha’. 1 sha’ = 275 gram. Maka, satu wasaq = 60 x 275 gram = 16,500 gram. Lima wasaq = 5 x 60 x 275 = 82,500 gram = 82.5 kg. Di samping itu, tiada ditetapkan pemilikan setahun kepada hasil pertanian, yakni tiada haul ke atasnya. Maka, ia dizakatkan selepas sahaja dituai hasilnya. Allah menyatakan hal ini di dalam surah al-An’am: 141.
Keduanya zakat penternakan, yang mana kadar zakat dan nisabnya adalah berbeza-beza di antara jenis-jenis binatang ternakan. Unta mencapai nisabnya pada jumlah lima ekor, lembu dan kerbau 30 ekor dan kambing pula 40 ekor. Kadar zakatnya berubah-ubah berdasarkan pertambahan bilangan haiwan berkenaan dan haulnya adalah satu tahun dan dikira termasuk anak haiwan yang baharu lahir.
Ketiganya, zakat harta galian atau dikenali juga harta rikaz (yakni terdiri daripada kunuz dan ma’din). Kunuz bermaksud harta milik orang jahiliyah zaman dahulu yang tertanam di dalam perut bumi dan nisabnya ialah 1/5 dan haulnya adalah semasa harta berkenaan ditemui. Manakala ma’din pula merujuk kepada harta galian yang diciptakan oleh Allah SWT secara alami dan berada di dalam perut bumi, misalnya emas dan minyak petroleum. Ulamak fikah berbeza pendapat di sini. Di sisi Hanbali, disyaratkan nisabnya mestilah menyamai 20 misqal emas atau 200 dirham perak dan baharulah dikeluarkan zakatnya 1/5. Haulnya juga adalah semasa ia ditemui. Bagi pendapat Syafie dan Zhahiri, mereka hanya mengenakan zakat galian ke atas emas sahaja dan tidak kepada harta galian yang selain daripada itu sebanyak 1/5. Manakala Hanafi tidak meletakkan sebarang syarat jenis galian dan nisab, yakni wajib dikeluarkan 1/5 daripadanya sebagai zakat apabila sahaja ia ditemui dan haulnya juga adalah semasa ia dijumpai.
Keempat, Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki. Wallahua’lam.
Read more...