Flowers

oh kurma

12 January 2011

pening jugak nak cari kurma kat pandan jaya nih,,kalau stakat kismis boleh je beli kat tesco,,hmm,,kurma ni ssah skit,,bru ni pn dpt beli kat pakaji dlm bekas kecik je,,rm6..xda pilihan..kat ganu blh lah jgk gi pulau kambing pilih kurma dan bauh zaiton,,kat mane agaknya kat sini,,

Read more...

amalkan pemakanan sihat demi anak2 dan diri sendiri

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".



Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
copy dari blog motherhood.

Read more...

kasihkan anak..

memang benar susah untuk membenarkan anak kita pergi,,berpisah jauh dari pandangan mata kita,,kerana kita tidak mengetahi secara terperinci apa yang dilakukannya,,apa yang dibuatnya..tetapi dia juga seorang 'insan' yang perlukan kepada segalanya..tentang kehidupan ini..jika kita tidak membiarkan mereka belajar 'erti kehidupan sebenar' kerana takut mereka menimpa susah,,alangkah malang bagi diri mereka,,kerana mereka telah ketinggalan sesuatu yang bernilai iaitu keyakinan diri sendiri dalam memandu arah kehidupan mereka akan datang. kekadang sesuatu yang kita halang sebenarnya amat bermakna untuk dirinya sebagai seorang 'insan' untuk mempelajari sesuatu..

kita bukan sahaja bertanggungjawab untuk memberi mereka pendidikan akademik,,bahkan mengajar dan mendorong mereka untuk mencari pengalaman hidup yang terarah,,,kerana kecemerlangan yang hanya ada pada sekeping kertas tidak cukup untuk menjamin kehidupan sebenar yang cemerlang dalam kehidupan sebenar seorang 'insan'...

lepaskan mereka untuk cuba sesuatu bukan bermakna membiarkan mereka tenggelam dalam kancah dosa dan maksiat, dan bukan juga membiarkan mereka kesusahan tanpa 'pertolongan' dan 'bantuan' tetapi mendidik mereka dalam sesuatu yang bernilai iaitu ilmu pengetahuan yang tidak boleh ditukar beli di alam persekolahan...bantulah mereka dalam mencari kecemerlangan dalam hidup..hulurkan tangan dengan memberi semangat yang boleh memandu arah..berilah pengalaman kita kepada mereka...kerana mereka sangat memerlukan kepada suatu perkongsian...

duit--duit--duit dan harta kekayaan...
duit sahaja tidak cukup,,ia tidak boleh membeli sesuatu yang bernilai kepada diri,,ia hanya boleh membeli sesuatu yang bernilai di mata..jangan sampai ia boleh bertukar menjadi 'pembeli' yang boleh 'membeli' sesuatu yang berharga dari anak kita...

kasih sayang penting dalam mendidik anak-anak...ia tunggak utama kepada mereka..didiklah anak berpandukan ilmu..usahlah mendidik anak mengikut kemahuan hati..

Anak -anak amat memerlukan ibubapa yang sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada mereka untuk terus maju melangkah ke hadapan bukan mematahkan semangat mereka dan menjadikan mereka berpaling arah..kuatkan semangat mereka untuk membantu mereka terus maju..buatlah sesuatu 'usaha' untuk membimbing mereka..kerana 'hasil' tidak wujud tanpa ada 'usaha' tetapiinsya Allah jika ada 'usaha' ada 'hasilnya'..

'usaha' itulah yang dinamakan suatu pengorbanan..pengorbanan 'ibubapa' untuk anak-anak..walau bagaimanapun bentuk 'usaha' kita,,,berilah sesuatu 'pengorbanan'untuk mereka,,demi melihat mereka menjadi seorang 'insan' mukmin yang soleh, cemerlang dalam kehidupan...

Read more...

isu ekonomi,,turun naik harga barang..ihtikar?...dll

08 January 2011

di dalam Islam,,ada beberapa fakta berkaitan harga,,penyebab dan sebagainya..hmm

minyak kena sorok,,bawang kekurangan,,ada dalam ilmu itu,,bile nk dianalisis fakta nih

Read more...

bersyukurlah

walaupun ada perkara yang kita terpaksa lepaskan atau tinggalkan,,ingatlah ada sesuatu perkara lain yang cukup beharga yang kita dapat,,suatu pengalaman atau ilmu dan semangat yang bukan mudah untuk dipinta dan diperolehi begitu saja..

Read more...

sikap kebertanggungjawaban

07 January 2011

sesungghnya kita sedar bahawa kita banyak tanggungjawab sebagai seorang Islam,,tetapi setakat manakah kita menyempurnakan tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya?..lebih malang lagi,jika sikap kebertanggungjawaban itu tiada dalam diri...ramai mana manusia di luar sana pada masa sekarang ini yang tiada sikap kebertanggungjawaban?..dosa- dosa di sana sini merupakan hasil dari tali rangkai ketiadaan sikap tersebut..,,jangan kita menjadi salah seorang penyebab kepada tali rangkai ketiadaan sikap kebertanggungjawab...ayuh,,kita laksanakan tanggungjawab yang ada pada diri kita,,dengan penuh 'sempurna'...walau sekecil dan sebesar mana tanggungjawab tersebut..

Read more...

jom minum air barli..air hari ini untuk anak2 dan keluarga

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Bijirin barli...banyak khasiat

Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Air barli...digemari ramai

Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.


copy dari dr rozmey

Read more...

just do it,,look for your interest

06 January 2011

buatlah dengan kemahuan hati..yang penting hati kita mesti ikhlas..kalau tak,,segala yang kita lakukan adalah sia-sia sahaja..menjadikan kita orang yang selalu mengeluh dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah,,,ingatlah kepada pahala...ingatlah kepada Allah..jadilah motivator untuk diri sendiri..kita ada kitab..iaitu kitab suci al-quran..quran itulah penawar kita..kesejahteraan kita yang merupakan 'hadiah' dari Allah untuk kita...

di dalam al-quran,,Allah telah menjelaskan bahawa harta benda dan anak-anak merupakan 'ziinah' iaitu perhiasan dunia,,tetapi yang kekal hanyalah yang soleh dan solehah...jagalah anugerah itu sedaya mungkin supaya mereka dapat berjalan di atas landasan yang betul dengan adanya didikan al-quran..perdengarkanlah ayat-ayat itu ke telinga mereka agar mereka mudah untuk menerima kebenaran dan agama Allah...

Read more...

we choose,,we do..

04 January 2011

apabila ada sesuatu yang tidak berjaya kita lakukan,,apakah yang harus kita lakukan..?adakah itu bermakna kita gagal?,,orang kata apabila kita gagal,,kita belajar sesuatu dari kegagalan tersebut,,,tapi bagaimana jika kegagalan tersebut menjadi pemendam dan peluntur kepada semangat yang ada..?hmm,,apakah ini bermakna kita tiada lagi peluang untuk berusaha,,,?mungkin tidak,,mungkin juga 'ya'..semuanya bermula dengan diri kita,,kita yang harus memilih peluang,,tapi untuk membuat satu pilihan perlu juga menggunakan kaedah yang bijak dan pemikiran yang waras,,,hmm..

kita sebenarnya mempelajari sesuatu dari apa yang kita lalui,,cuma yang penting,,biar kita membuka minda dan pemikiran supaya segalanya adalah nampak positif di mata kita...supaya..kita dapat mengetahui bahawa kesusahan yang kita rasa berat untuk lalui itu sebenarnya adalah sedikit sahaja dibandingkan dengan kenikmatan dan kebahagian yang tuhan telah berikan kepada kita...

ya Allah,jika itu yang baik bagi akhiratku ,tentukanlah ia bagiku,,jika ia mendatangkan keburukan untuk akhiratku,,jauhkanlah ia dariku..

Read more...

kenapa bank islam terlalu mahal

01 January 2011



note:

gabenor bank negara: Tan sri Dr zetti Akhtar Abdul Aziz,,menyatakan bahawa keseluruhan aset bank dikumpulkan, hanya 10% sahaja dari bank Islam dan 90% dari konvensional.

1. keperluan bank Islam kepada keuntungan yang tinggi dalam membangunkan bank Islam dan menaik tarafkan bank Islam supaya dapat bersaing dengan bank konvensional.

perbandingan yang dbuat, beli air mineral di giant hypermarket adalah lebih murah berbanding beli di kedai runcit biasa,,

2. keperluan bank Islam dalam menyediakan produk yang halal, yang memerlukan kepada tenaga-tenaga profesional yang lebih berbanding teknik kerja yang lebih mudah di dalam bank konvensional.

perbandingan dbuat: beli ayam murah tapi x sembelih,,tapi beli ayam mahal sebab sembelih (ayam sembelih perlukan tukang sembelih)

3. sebagai suatu usaha demi memelihara bank Islam supaya dapat bertahan bersaing dengan bank konvensional dan boleh memberikan harga yang lebih murah pada masa akan datang kepada generasi akan datang jika bank Islam berjaya untuk bertahan.

pbandingan dbuat: kemerdekaan yang dicapai sekarang adalah hasil dari kesusahan perjuangan orang dahulu menuntut kemerdekaan.

Read more...

mesti dianalisis,, apa2pun ada betul dan silap,,mesti dirungkaikan,,

Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP