Flowers

good material: copy

21 May 2011

Teks: Ellia Ab Rahim

Cuti sekolah adalah masa yang paling seronok buat kanak-kanak melarikan diri sementara daripada alam persekolahan. Jika anak melalui tempoh itu dengan kegiatan bermanfaat seperti membaca, memperdalamkan ilmu fardu ain, melazimkan diri ke masjid dan surau, mereka berpotensi menjadi generasi cemerlang.

Sebaliknya, jika mereka menghabiskan tempoh itu dengan aktiviti tidak berfaedah seperti menonton program hiburan melampau, menyalahgunakan internet dan membaca majalah hiburan, maka masa depan mereka akan tergugat.

Kita perlu ingat, kanak-kanak lazimnya bersifat kurang matang apabila berdepan cabaran. Mereka mudah terpedaya dengan apa juga cabaran di keliling. Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab membimbing anak-anak supaya tidak terpedaya dengan anasir buruk yang akan merosakkan masa depan mereka.

Kanak-kanak sekarang berdepan dengan cabaran dan pengaruh hiburan yang memberi impak yang besar pada kehidupan seharian mereka. Bukalah saluran televisyen manapun, pasti ada program hiburan tersedia. Sesetengah program hiburan itu amat diminati oleh kanak-kanak sehingga membuat mereka leka dan taksub pada program hiburan tersebut.

Ini menyebabkan mereka sanggup menghabiskan masa cuti persekolahan menonton pelbagai program hiburan di televisyen dan internet. Implikasinya, mereka bukan saja lemah pencapaian dalam pelajaran, malah berdepan masalah keruntuhan akhlak yang berpunca daripada pengaruh hiburan melampau.

Apa yang perlu dilakukan ialah memantau serta membimbing secara serius dan berterusan agar mereka tidak menghabiskan masa menonton program hiburan semata-mata. Ibu bapa perlu kerap bertanya kepada anak-anak mengenai aktiviti yang mereka lakukan setiap hari agar perkara-perkara yang tidak diingini serta aktiviti tidak sihat tidak dilakukan oleh anak-anak kita.


7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. Bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengetahui tanda-tanda si kecil menyayangi anda.

1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.

2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.

3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.

4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.

5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.

6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.

7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.


kredit to: majalahpama.com.my

Read more...

once a teacher always a teacher

16 May 2011



selamat hari guru buat semua guru dan pengajar yang pernah memberi ilmu...setiap orang yang pernah memberi walau secebis ilmu kepada kita adalah dianggap guru..

terima kasih kepada ibu dan ayah yang telah dan akan selalu menjadi 'guru sepanjang hayat' di dalam hidup ini...

segala curahan ilmu mahupun pengorbanan yang dicurahkan cukup bermakna dan menjadi panduan serta semangat bagi ku..

'guru' sebenar bermulanya dari rumah..bersedialah menjadi guru yang cemerlang dan terbaik buat anak2..sentiasalah mendoakan keimanan, kesolehan ketaqwaan ahli keluarga...inshaAllah perjalanan hidup ini sentiasa tenang bahagia dibawah rahmat dan berkatNya..amien

Read more...

perjuangan Islam

suatu 'tijaarah' yang pasti akan menyelamatkan kita dari azab neraka dan menagunerahkan kita suatu syurga yang indah....
iaitu....beriman kepada Allah serta RasulNya, dan berjihad di Jalan Allah dengan mengorbankan harta benda dan jiwa raga serta tenaga........ya Allah! permudahkanlah segala urusanku, tenangkanlah jiwaku, redhailah setiap langkahku, tsabatkan hatiku di jalanMu.Islam itu cara hidupku..Ya Allah! permudahkanlah ia bagiku serta zuriat2ku untuk mengikutinya..mengamalkan semua suruhan dan meninggalkan segala larangan...Ya Allah! Jangan biarkanku terkapai2 di jalanMu, berikanlah petunjuk berguna yang bisa memanduku di kala kebuntuan...

jalan2 manchester



dont't worry, be happy :)
zwani.com myspace graphic comments

love your country
Glitter Photos

keluarga sakinah

"keluarga solehah adalah sebuah keluarga yang beriman, mengamalkan semua perintah Allah s.w.t, meninggalkan semua larangan Nya. sentiasa bertolak ansur sesama anggota keluarga,saling memahami, dan sifat sabar menjadi kekuatan dalam menempuh segala ujian..''

KENANGAN DI AIDILFITRI


bersama menghayati surah2 pilihan

surah al-kahfi
menghapuskan segala dosa2 kecil jika diamalkan setiap kali pagi jumaat..
surah an-nuur
nabi menyarankan kepada wanita2 untuk menghafalnya...
surah 3 qul..surah al-ikhlah,al-falaq,al-nas
jika membaca 3 surah ini, bagaikan membaca senaskah penuh al-quran
'pahala' adalah ganjaran tuhan jika kita bersabar,,tiada keluh kesah dengan pemberian tuhan..kaya miskin,susah senang, sehat sakit..semuanya ada hikmah

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah ialah orang2 yang bertaqwa

suapan telinga mengisi jiwa

Surah Al Fatihah.mp3 calendar
sesuatu kesukaran..? 'permasaalahan'..fikirkan untuk merubah, menyelesaikan, mengatasi..bukan mengambil jalan mudah.. fikirkan boleh dan mampu..ada kekuatan untuk menyelesaikan,percayai diri sendiri dan bertawakkal kepada Allah. 'ujian' bukan bermakna tuhan tidak sayang, ujian itu menjadikan kita lebih tabah, lebih matang

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP