thank you for giving me an actuation
17 April 2007
Writing essay is not a easy thing as normal learning
Sometimes.We sit in front of computers for many hours but we get nothing
You have to separate time between writing and collecting
Dont start writing when you have not measured yet what you going to write.It will waste your time and you will get frust
So collect the data first,
make sure what point you interested.and mix them together...Afterwards when you already get idea how to write them... now you can start it.
buat panduan...
Nasihat bagi mereka yang mengeluarkan wang dari bank
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang ingin mengeluarkan wang tunai pada jumlah yang besar dari institusi kewangan supaya lebih berahsia dan ditemani bagi mengelak daripada menjadi managsa rompakan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan mengingatkan sedemikian, sambil menyatakan perompak berpengalaman mampu menghidu mangsa dengan hanya melihat gerak-geri mangsa. Beliau menambah, kebanyakan rompakan di luar bank berlaku akibat sikap tidak peduli dan tidak peka dengan keadaan sekeliling sehingga 'membiarkan' diri mereka diperhati oleh perompak atau pemerhati (penyubahat) bagi perompak. Terdapat juga kes di mana wang sebanyak RM40,000 hanya disimpan di dalam sampul surat dan diletak di atas atau di bawah kerusi hadapan kereta. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa kanak-kanak semasa pergi ke bank kerana perompak boleh mengambil kesempatan. Tips

Jangan tergopoh-gapah pergi ke mesin ATM di lokasi yang anda tidak biasa. Tinjau persekitaran dan pastikan anda berada di kawasan yang selamat
Sebaik-baiknya, gunakan ATM yang terletak di kawasan yang diterangi cahaya dan berada di kawasan yang sibuk, seperti berhampiran jalan utama di mana terdapat ramai pejalan kaki dan kenderaan adalah banyak
Sekiranya anda mengesyaki seseorang yang berhampiran, elakkan daripada terus menggunakan mesin ATM tersebut
Lindungi skrin ATM semasa memasukkan nombor PIN dengan badan. Perompak mungkin boleh membaca pergerakan tangan atau jari anda.
Jika anda rasa diri anda diekori selepas mengeluarkan wang, cuba camkan orang atau kenderaan tersebut dan teruskan perjalanan anda ke tempat yang terang atau dikunjungi orang ramai, atau pergilah ke balai polis berhampiran.
Polis Diraja Malaysia
Rancang Perjalanan Jauh
Setiap tahun beribu-ribu pengguna jalan raya di Malaysia terbunuh atau cedera parah akibat memandu dalam keadaan mengantuk atau tertidur ketika memandu. Pemandu boleh hilang daya pengamatannya jika terlalu penat dan sekelip sahaja mata yang terlelap itu boleh mengakibatkan tragedi. Tiada cara lain untuk mengelakkan daripada keletihan atau mengantuk selain daripada berhenti rehat dan tidur untuk seketika.Bagaimana hendak mengelakkan mengantuk sebelum perjalanan anda?

Rancang perjalanan anda, ia satu usaha yang amat bijak dan berharga
Mulakan perjalanan jauh pada waktu pagi, selepas anda mendapat tidur yang secukupnya.
Pastikan anda berada di dalam keadaan cergas dan bertenaga.
Tidur awal sekiranya anda akan memulakan perjalanan pada awal paginya.
Jangan minum minuman keras atau mengambil ubat yang mengakibatkan mengantuk sebelum atau sewaktu dalam perjalanan.
Mulakan perjalanan anda dalam suasana yang ceria.
Keadaaan di dalam kenderaan biarlah tidak terlalu sejuk dengan penghawa dingin.
Bacalah doa yang anda tahu sebelum memulakan perjalanan.Ketika dalam perjalanan
Tenangkan fikiran anda ketika memandu.
Tutup penghawa dingin dan turunkan cermin untuk mendapatkan udara segar.
Bercakap-cakap dengan penumpang sambil membetulkan kedudukan badan.
Kunyah gula-gula atau makanan ringan yang tidak melibatkan penggunaan tangan yang banyak.
Amalkan memandu secara bergilir-gilir sekiranya anda mempunyai kawan yang mempunyai lesen memandu dan boleh dipercayai.
Elakkan memandu ketika anda terlalu kenyang atau lapar.
Amalkan berhenti rehat di kawasan rehat yang disediakan setiap dua jam perjalanan bagi membolehkan anda merehatkan badan dan membuat senaman ringan.Jangan paksa diri anda untuk meneruskan perjalanan jika masih terdapat tanda-tanda mengantuk. Jika anda telah mengikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan itu dan anda masih gagal menghilangkan rasa mengantuk, hanya satu sahaja pilihan yang yang anda ada iaitu anda mesti mencari tempat yang sesuai dan selamat untuk berehat dan tidur seketika serta pastikan anda tidur secepat mungkin.
tinjau2 keinsafan...
15 April 2007
hakiki yang berlaku hanya bagai mimpi ngeri kepada manusia hari ini, apakah benar perasangka itu wahai manusia?...peristiwa tsunami yang mematikan ribuan,jutaan,million,billion manusia entah berapa tidak ketahui kepastiaanya...
peristiwa tsunami yang meragut jiwa dan harta benda itu wajiblah kita jadikannya sebagai suatu pengajaran dari Allah s.w.t supaya kita sedar dan insaf akan tanggungjawab dan kewajipan kita di atas muka bumi Allah s.w.t ini, supaya kita sedar di manakah tempat kita...di manakah kita akan di kembalikan?...apakah kita buat-buat lupa tentang kebaangkitan kita di akhirat kelak?...apakah kita alpa?..kita hanya di dunia sebagai seorang perantau yang mengharungi 'long journey' yang tidak diketahui bilakah tarikh 'return tiket' yang sudah ditempah untuk kita...adakah kita masih lagi kurang percaya bahawa pada bila-bila masa sahaja malaikat ezraeil akan menyabut nyawa kita?...apakah kita sudah bersedia pada waktu itu ataupun sebaliknya?...alangkah gembiranya jika kita dapat mengatakan pada ketika itu kepada malaikat ezraeil 'cabutlah nyawaku wahai malaikat Allah ezraeil sekarang , aku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu Allah s.w.t wahai ezraeil'...
marilah sama-sama kita berfikir, merenung apakah nasib kita di akhirat kelak, nasib di alam kubur...apakah kita orang yang gembira di alam sana nanti....pada hari ini, kita hanya berfikir kegembiraan kita di dunia ini, kesenangan, kemewahan dan sebagainya..tapi kita lupa tentang hidup kita yang kekal abadi adakah kita tergolong kalangan orang yang mendapat kesenangan ataupun yang menanggung kesengsaraan dan kesusahan?....
wahai insan yang sememangnya ber'characteristic' lupa, alpa, dan lalai...marilah kita beramal, demi membuat bekalan di akhirat kelak...jika anda semua masih ingat tentang peristiwa tsunami, cuba bayangkan jika pada masa itu, ia juga melanda kita...ombak besar itu menyerang kita bersama-sama keluarga kita...adakah kita pada masa itu lari bertempiaran?...sememangnya...mungkin...ataupun na'uzubillah kita mati sejerus sahaja ombak itu menerkam kita?....Ya Allah! besarnya kekuasaan Allah,,,dalam sekelip mata, Dia dapat mematikan sejumlah manusia yang ramai dalam pelbagai keadaan yang menyilukan hati mata yang memandang....
Read more...

ilmu hilang jika manusia tidak beramal
Ilmu hilang jika manusia tidak beramal
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Thu Apr 12, 07 12:39:15 PM
(Tafsir Surah al-Maidah ayat 66) Jika mereka beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah nescaya Dia menjamin rezeki mereka dengan menurunkan hujan, hasil bumi yang berkat kepada mereka sebagai kurniaan Allah, sebagaimana firman-Nya kepada orang-orang yang beriman yang bermaksud: "Kalaulah penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan yang datang dari langit dan bumi." (Surah al-Anfal: 96)
Allah Taala beri keberkatan kepada mereka. Bagaimanapun ada perbezaan antara berkat dan kekayaan. Ada negeri yang kaya raya tetapi tidak ada keberkatan dalam pentadbiran kerajaannya.
Negeri itu kaya tetapi susah dengan banyaknya maksiat dan sebagainya dengan sebab kekayaan yang diperolehi.
Ini menandakan tidak adanya keberkataan dalam kekayaan yang diperolehi itu akibat penyalahgunaan kekayaan untuk tujuan yang bercanggah dengan ajaran Allah SWT.
Sementara perkataan berkat hanya ada dalam Islam sahaja. Dalam ilmu ekonomi Barat tidak ada perkataan berkat. Begitu juga semua sistem atau teori Barat termasuk kapitalisme, liberalisme, nasionalisme, sosialisme, komunisme, dan sebagainya tidak ada persoalan yang berkaitan dengan keberkatan. Apa yang ada ialah persoalan kekayaan, kesenangan dan kemajuan.
Berkat bermakna sekiranya kita kaya, kita menjadi baik dengan kekayaan yang diperolehi. Rezeki yang sedikit membawa kebaikan yang banyak.
Berkat yang dikurniakan oleh Allah apabila seseorang itu beriman dan bertakwa. Ini perkara yang dijanjikan oleh Allah.
Tetapi Allah Taala nyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Telah zahir keburukan di darat dan di laut hasil dari kerja yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada apa yang mereka kerjakan mudah-mudahan mereka kembali kepada Allah." (Suratur Rum: 41)
Senang pada zahirnya tetapi susah pada hakikatnya. Antara lain ialah duit banyak tetapi tidak tahu bagaimanakah cara menggunakannya.
Wang yang digunakan untuk membuat sesuatu, tidak memberi faedah dan tidak mendatangkan pahala serta kebaikan daripada Allah SWT.
Ini adalah janji dari Allah untuk mengurniakan rezeki kepada orang Yahudi. Wahai orang Yahudi, wahai ahlil kitab, masuk Islamlah kamu. Kamu tegakkan Taurat dan Injil, nescaya kamu selamat.
Ramai di kalangan pendita-pendita Yahudi takut masuk Islam. Mereka menyangka Jika masuk Islam mereka akan bertukar perwatakan, yang menjadi pemimpin tidak lagi menjadi pemimpin, dan yang kaya menjadi miskin.
Mereka nampak dunia semata-mata tetapi mereka tidak nampak apakah kebaikan yang akan diperolehi di hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w. menyatakan kepada orang yang beriman dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hatim bahawa suatu hari Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud; "Hampirlah ilmu itu dihilangkan oleh Allah."
Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa makna menghilangkan ilmu itu ialah dimatikan ahli-ahli ilmu (para ulama). Sementara orang Islam tidak beramal dengan ilmu.
Akibat itu ilmu menjadi hilang dan ilmu yang paling pertama hilang ialah ilmu pembahagian harta pesaka yang menjadikan tanda hampirnya kiamat, sehingga tidak ada seorang pun yang mengetahui cara pembahagian harta pusaka mengikut hukum Islam.
Ada perancangan di peringkat antarabangsa untuk menghapuskan sistem pembahagian pusaka menurut Islam kerana mendakwa kononnya Islam tidak berlaku adil terhadap lelaki dan perempuan dalam pembahagian pusaka.
Akhirnya perancangan itu akan berjaya sekiranya orang Islam tidak mempertahankan hukum Islam. Bila para ulama membisu seribu bahasa, tidak berani menegakkan yang hak, akhirnya Allah Taala menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama.
Apabila Nabi s.a.w. mengatakan hampirlah diangkat ilmu, lalu seorang sahabat yang bernama Ziad bin Labit berkata, "wahai Rasulullah, bagaimana diangkatkan ilmu pada hal kami membaca al-Quran dan kami mengajarkannya kepada anak-anak kami."
Dalam satu riwayat yang lain, "kami ajar kepada anak-anak kami, anak-anak kami pula mengajar kepada cucu-cucu kami, cucu-cucu kami mengajar kepada cicit-cicit kami, mana boleh diangkatkan ilmu."
Nabi menjawab dengan sabdanya yang bermaksud; "Apakah engkau ni wahai Ibnu Labit, sesungguhnya aku berpendapat engkaulah orang yang paling faham di kalangan penduduk Madinah. Tetapi di dalam perkara ini kamu tidak memahaminya."
"Tidakkah, Taurat dan Injil berada di tangan orang-orang Yahudi dan Nasara? Taurat dan Injil tidak boleh berbuat apa-apa kepada mereka itu kerana mereka meninggalkan perintah Allah. Allah berfirman yang bemaksud; "kalaulah sekiranya mereka itu menegakkan Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka daripada Tuhan mereka (al-Quran) nescaya mereka itu boleh makan rezeki dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Di kalangan mereka itu ada golongan yang sederhana dan kebanyakan mereka itu alangkah buruknya apa yang mereka lakukan." (Surah al-Maidah:66)
Subscribe to:
Posts (Atom)